Thursday, December 31, 2009

pejam celik pejam celik..dah nak masuk 2010 kan? ok laa..sure ramai tulis entry pasal ni..so aku pn nak gak entry tahun baru..aku cek last year resolution, ada satu je.. aku tulis yang aku NAK HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERGAS..

hahahaha gelas sama diri sendiri..sbb i gain few pounds dalam masa tahun ni..adekah itu tanda makin sihat cergas atau tanda makin gemuk? lu pikir laa sendiri nabil !! *ayat perli kat diri sendiri* heheheh.. ok laa to find out that was the only new year resolution untuk 2009, and obviously i didnt manage to fulfill it..so we carry it forward to 2010..alaa kalau annual leave leh carry fwd, takkan azam tak leh beb?

so starting this monday, aku takkan drive lagi pergi kerja..aku akan jd pengguna tren yang setia..dengan berjalan (jarak opis aku ke tren dang wangi dalam 15minit walk)..so klu sehari dah 30 minit..ok latuuu kan? tapi..(opss ade tapi plak), klu aku kena g meeting kat memana, esp putrajaya, ok kos le aku terpaksa drive..so ade exception distu yaaa

wat else ek? owh yaa 2009 hase been a wonderful year..few major things happen in my life in 2009..

1. aku ceased practice..this was uge thing cos i never imagine myself being an in house counsel..ermm atleast tak seawal ni laa..hehehe

ade laa lagi yng lain2..which i dont think i wanna share it here cos im a very private person...aku segan sikit kongsi rahsia aku ngn org except ngn member2 baik aku laa kan..pemalu pun ade gak..auw auwwwwwwwwwww...geli i dgr u...hhahahah

ok laa..so apa plak resolusi tahun 2010 aku ni?

1. nak turun 20kg...serious tak tipu..i really need to shed off that much..sigh
2. nak membeli teratak buruk dgn duit sendiri
3. taknak beli perfume dah next year..im a fragrance freak...aku ske kumpul perfume..currently aku ade 9 botol perfume kat atas meja tu, and each bottle tak sampai half pon..hahahah...
4.nak simpan rambut panjang sampai pinggang pastu nak buat feel ala2 kim kardashian...haahha perasan gila nih..*blame eva sbb dia yg influence saya*
5.nak simpan 6k untuk tabungan pergi umrah..insyaallah
6.nak beli dslr

ok latu..5 je cukup laa kan..tamak plak nk lebih2..ok laa kawan..saya nak pergi jj jap..nak cari barang sikit untuk melaksanakan misi yang pertama!!!

Wednesday, December 30, 2009

RAWATAN TOMATO!!!

aku cuti hari ni..esok pun cuti..lusa pun cuti..hahaha seronoknya..dunia ini mcm ana yang punya..

so alang2 dah cuti ni, aku terajin laa palk n pagi tadi bangun awal..smlm pegi pasar malam..beli tomato kecik2 tu bnyk gila..tapi aku tak suka mkn tomato pun..hihih..so pagi ni..aku mendapat idea untuk membuat DIY treatment..

dimulakan dengan mask tomato..ohhh i like it so much,,kulit muka jadi lembut giler..auw auw,,tetiba aku jadi feminin plak..wakakkakaka...sumpah tak percaya dgn diri sendiri..

pastu buat diy hair treatment..menggunakan tomato gak n few drop of olive oil..ahhh rambut saya jd caaaaannnnnntik bangat sekarang...dan selepas ini,saunaaaaaaaaaaaaa!!a!

yupp..umah aku ade sauna..hihih.i bought last year..memang berbaloi..for RM 350, aku bleh bersauna kat rumah sambil tengok tv..i likeeeeeeeeeeeee...jimat pon jimat..

AZAM LAMA TAHUN BARU..

seperti tahun2 yang lalu..saya berazam untuk mengurangkan bahagian2 yang terlebih..hahah.. seorang rakan saya telah memberi satu artikel yang saya rasa agak menarik untuk dikongsi bersama..

selepas membaca artikel ini, anda jgn heran sekiranya ternampak saya menikmati coklat yang berharga ratusan ringgit.. ataupun saya boleh aplikasikan prinsip wanita perancis yg makan secara berkualiti dalam aspek membeli handbag?

Rahsia wanita Jepun ramping PDF Print E-mail
Written by 3K Administrator
Monday, 17 August 2009 12:00
TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil.

Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.

Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.
Sumber : MyMetro
Last Updated ( Monday, 17 August 2009 12:03 )

Sunday, December 27, 2009

ceritanya begini...

TYPICAL LAWYER?

seorang kenalan yang baru saya kenal secara kebetulan..pada mulanya beliau ok sahaja..namun satu hari beliau dapat tahu pekerjaan saya ..beliau dapat tahu yang saya ni dahulunya seorang peguam jenayah..saya membela orang yang dituduh membunuh, dituduh mencuri dan merogol. sejak itu, pandangan beliau terhadap saya mula berubah..kalau dahulu, tiap kali saya mengajukan pendapat saya, ataupun tidak bersetuju dgn pendapat beliau, dia katakan saya punya pemikiran yang matang..tidak terikut dgn pendirian org..juga saya merupakan orang yang tegas..punya pendirian tersendiri terhadap setiap perkara

beliau kenal saya bila saya tidak lagi mengendali kes2 jenayah..beliau kenal saya bila saya sudah ceburi dunia ala2 korporat..yang mana setiap patah kata harus dihalusi..walau punya pendirian sendiri, namun periuk nasi harus dijaga,,namun saya tetap orang yang sama..kalau pada fikiran saya ianya tak wajar, maka ianya tetap tak wajar dan saya harus utarakan,..

setelah tahu bidang kerja saya yang dahulu, kenalan saya ini mula berubah pandangan..setiap kali saya mengajukan pertanyaan, ataupun terpaksa memilih untuk tidak bersetuju dengan beliau, cepat sahaja ayat ini dilontarkan..

"typical lawyer, always wants to argue"

saya tidak tahu bagaimanakah typical lawyer itu..sedang dalam bidang kerja saya dahulu, kami di mahkamah bertanya soalan dan kadangkala berselisih pendapat untuk mendapatkan kebenaran.. konsep one answer lead to another memang sangat diguna pakai di mahkamah jenayah..org tua2 pun sll menatayakan, malu bertanya sesat jalan.. mungkin amalan kerja saya yang asyik bertanya demi mendapat kepastian telah terkesan pada karakter saya dalam menjalani amalan idup yang biasa..mungkin ada yang tidak suka, saya pohon maaf..itu cuma diri saya..

untuk menjadi seseorang yang bukan diri saya..maka itu bukan saya..

secara jujur saya katakan...saya tidak pernah berbangga dengan kerjaya saya..pada saya, setiap pekerjaan itu ada kebanggaan masing2..jadi kenapa perlu dikecam seseorang yang bertanya lantaran frasa typical lawyer sering menjadi senjata?

selalu sahaja kita dgr, org kata, to trust a lawyer is the last thing tht he ll do..

atau pun.lawyer is liar..

yang paling teruk adalah...peguam ni tempat nya di neraka..

nauzubillah..mungkin org yang berpendapat begitu jahil tentang hadis..saya juga bukan bijak pandai bab2 agama..tapi sekurang2nya saya tahu ada hadis yang mengatakan bahawa, seorang yang menghakimi itu, apabila dia membuat keputusan yang salah dan dia tahu keputusannya itu salah..maka dia akan mendapat dosa..tapi sekiranya dia telah membuat keputusan yang salah tanpa tahu kekhilafannya itu, maka 1 pahala untuk dirinya..dan sekiranya dia membuat keputusan yg betul, maka 2 pahala untuk dirinya..

mantiknya mudah sahaja disini, yang penting adalah nawaitu..saya masih ingat lagi lidah saya terbelit ketika cuba menghafal maxim ini dalam kelas criminal law beberapa tahun yang lalu..
'Actus reus non facit reum nisi mens sit rea' yang bermaksud, an act without guilty mind is not an offence..

kepada beliau yang suka mengecam peguam jenayah seperti saya..mungkin satu hari nanti anda perlu kan khidmat peguam jenayah..saya tak katakan anda bakal buat jenayah..tapi kemungkinan untuk dituduh itu ada bukan? opsss...jgn kecam saya dulu!!

sila baca semula perkataan yang saya guna..."DITUDUH" itu maksudnya belum dibuktikan lagi..ahh tak mengapalah..mungkin agak sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami konsep innocent until proven guilty..saya tak salahkan pihak tersebut..mungkin (sekali lagi perkataan mungkin) dinegara ini konsep tersbeut kurang popular..amalan pemerintah barangkali...

frasa typical lawyer itu mungkin kedengaran jenaka sahaja ditelinga sesetengah pihak..tapi andaikata di ulang2 secara sinikal, mat kool pun boleh jadi panas...cuba gantikan dgn frasa..typical doctor?

doctor yang berhempas pulas berbelas jam dibilik pembedahan, akhirannya pesakit meninggal dunia..doctor pula disalahkan oleh ahli keluarga pesakit..akhirannya..frasa typical doctor dilemparkan.."ahh typical doctor, memang cuai!"...tak ke berapi doctor yang cool dan berhati mulia tu kalau dia dgr kata2 nista mcm tu? sama juga lah dgn peguam yg acapkali disindir dgn frasa itu

kadang2 saya hanya tergelak sahaja apabila kenalan tersebut memerli meggunakan frasa typical lawyer..

pernah saya sekali sahaja saya jawab.."how typical is typical?"

lantas beliau terdiam hingga ke hari ini...

Wednesday, December 23, 2009

rasa seperti mahu menangis mendengarkan kata2 anda..anda mesti bahagia dengan jalan yang anda pilih..anda jangan risau, saya doakan anda terus terusan tersenyum

Tuesday, December 22, 2009

BUKAN ORANG JAHAT

saya mahu jadi orang yg baik..
bukan orang jahat..
bukan orang yang tak kenang budi..
pendek kata, raidah salwa adalah orang baik!!

selamat malam..

MRS. NASEEM

selamat pengantin baru naseem!!!!

Monday, December 21, 2009

henpon adelah tertinggal kat opis...cam mana nak bgn pagi esok nih.????????????
uwaaaaaaaaaaaaaa

Friday, December 18, 2009

hahahahah..aku mahu gelak sahaja!!!

okeh, adalah tidak sopan ank dara yang manis macam aku gelak berbunyi hahahah..

jadi aku tukar gaya gelak sebentar....hihihihih
yaaa..sedikit lebih sopan kedengaran..gelak hihihih disulami dgn perbuatan ku menutup mulut dgn tgn dan duduk bersimpuh..
wah...sudah boleh masuk calon cari menantu..
dan sekali lagi...hihihihihi...
owhh kali ini bukan gelak ya..tetapi aku tertawa kecil..yaa tertawa bunyinya lebih sopan dari gelak..

dan aku memandang ke langit..
mana bintang?
mungking bintang sedang tidur..
usah diganggu bintang yang sedang lena diulit mimpi
tapi aku dapat lihat bulan sedang tersenyum..
dan hati kecil aku terusik melihatkan keikhlasan dalam senyuman itu
aku tunduk, dan membalas senyuman bulan..

kalau lah bulan juga dapat tahu yang aku sedang membalas senyumannya?
owhh..mana mungkin, aku kan seorang anak dara pemalu yg tak mampu memandang bulan sambil tersenyum..

harapanku moga bulan tahu yg aku juga sedang membalas senyumannya..

kasihan sama bintang..akibat keterlenaan pnjang, bintang kerugian besar malam ini.
bintang rugi sebab tak dapat lihat senyuman bulan..tapi , bintang lebih kerugian sebab tak dapat menikmati senyuman aku untuk bulan...

terima kasih bulan..moga malam2 mendatang kamu terus senyum pada aku yaaa...


Wednesday, December 16, 2009

i'll be seeing you

I'll be seeing you
In all the old familiar places
That this heart of mine embraces
All day through

In that small cafe
The park across the way
The children's carousel
The chestnut tree
The wishing well

I'll be seeing you
In every lovely summer's day
In everything that's light and gay
I'll always think of you that way

I'll find you in the morning sun
And when the night is new
I'll be looking at the moon
But I'll be seeing you

Monday, December 14, 2009


aku ada ada di sini..tapi aku seakan hilang
aku ada disini..dan terjumpa barang yang hilang
aku hilang..hilang untuk mencari barang yang hilang

aku terjumpa barang yang hilang..tapi aku tetap disini

aku hanya disini..mengingati barang yang hilang

aku mahu disini..supaya aku tidak hilang
aku tetap disini..supaya barang yang hilang segera pulang

JOKO JR.


maka saya dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya nur mazlina aka joko atas kelahiran putera sulung nya..akid najdi... sekarang anda sudah menjadi mami poko joko
me, joko and doyok
(kawan2 sy mmg namanya pelik2..makanya kamu jgn hairan yaa)

Thursday, December 10, 2009

SEBEGITU KOSONG

yer, mmg rase kosong..padahal bnyk benda dlm otak aku..tp aku rase penat..penat dgn benda2..penat dgn orang2..dengan benda2, aku tak berapa kisah sgt..sbb benda adalah tak bernyawa..tapi dengan orang2, adalah sgt meletihkan..

knapa susah sgt nk puaskan hati org?well i have tried..maybe aku tak cuba sebaik mungkin..tapi sekurang kurangnya aku cuba..

juga penat dgn perangai manusia yang berhasad dengki..susah sangat ke utk bersyukur dgn pemberian yang allah dah bagi? kalau hari ni aku dpt lebih. esok mungkin aku dapat kurang..jadi kenapa perlu berdengki?

kenapa perlu nak marah tak tentu hala? ppl around u do not deserve tht kind of treatment..ur silence create uneasiness and negative atmosphere .. kalau marah pd org..ckp yg kamu marah dia..dont just simply spread ur anger to those yg takde kena mengena..

dah lama aku tak emo mcm ni..all thias while aku tahan je..tapi kesabaran manusia ade batas nye kan?sekali sudah dulu aku dah maafkan..though i wasnt the defaulting party..tapi ko buat lagi perangai mcm tu..aku ni mmg macam ni..easy to forgive but not forget..ok nk kata aku ni pendendam ? then so be it...

Tuesday, December 8, 2009

LAST NIGHT

something reaallllllyyyyyyyy good happened last night..still smiling *winkwink*....

okie laa...sudah2 laa pasal last last nite..tadi i had meeting with AG n rep from azmi&assoc. asni was there for azmi...atie was there too for AG..bersama bos2 kami..hehehe..tiba2 saya adelah terasa kami bertiga seperti kanak2 riang yang ber reunion masa mkn..dan asni adelah comel sebab membawa bag yg ade brg2 baby..dan asni adelah didapati comel kerana percubaan beliau untuk balik bersama saya adelah tidak berjaya..makanya, asni terpaksa pulang langsung ke kantor bersama bos nya..hahahah*sayagelakjahatbersamabossayadisitu*...atie pula sememangnya tidak boleh diselamatkan kerana opis beliau adelah disitu..hehehe

lepas meeting, aku balik rumah tersu..no lencong2 this time.sebab merasa kepala adelah pusing dan badan sebenarnya adelah tidak sihat. tiba dirumah saya ketiduran dari jam 5 hingga ke lima belas minit hampir delapan...

bangun sahaja, saya merasakan panas yang amat bangat.demam makin teruk..mahu pergi klinik adelah malas..tiada sesiapa dirumah sepanjang minggu ini...kalau pergi klinik, konpem saya diberi mc..tapi esok perlu kerja...sudah 2 hari tidak masuk opis..semalam saya cuti..hari ini seharian di putrajaya...tentunya kerja sudah berbakul2 banyak nyaa...makanya saya perlu kerja...sekarang saya mahu tidur semula.

harap maaf, ini adalah entry merapu . *(*^&*%^^$%#$%&*%... saya masih lagi dibawah pengaruh ubat dan minda masih bercelaru. selamat malam!!!a

Thursday, December 3, 2009

PICTURE OF THE YEAR

hari ni opis aku ade wat photography session..so ni dept aku..kecik aje kan?? ni gambo dr hp..yg dr profesional fotografer lum dapek lagi...mmg terbahak2 laa..though there are only 3 of us...tp diorg cakap paling susah nak handle...hahah dgn aku yg dikatakan terlalu beraksi..bos aku plak rambut dia bermasaalah..yg kak izah plak..asik takmo senyum..adoiyaiii..mcm2 betulll


me, ms. anita n kak izah

moi and lady boss

Wednesday, December 2, 2009

FARREN EVA

just to cheer you up..i hope this simple entry will make your day..

;;

Template by:
Free Blog Templates