Wednesday, April 28, 2010

Semalam aku pergi meeting dengan consultant lagi. oh darah naik kat kepala sekali lagi..tapi kali ni amukan PD (project director) lagi dasat. Bandi amuk pon bleh kalah. aku yang duduk sebelah PD pon dah kecut perut *oh terasa kurus mcm kate moss sekejap* the meeting was scheduled at 2.30pm. meeting kat desa pandan ie kat ofis consultant. yang aku plak, pukul 1.50 dok terkial2 lagi nak menyiapkan satu agreement tu. sedar2 je dh pukul 2.

mmg aku pecut abis laa harrier xs aku, tapi pecut pun tak pecut sgt laa..nama pun kl. tapi hasil training merempits dan mencilok yg aku pelajari masa jadi minah scooter kat uia aku aplikasikan dalam situasi terdesak ni. by 2.25pm aku dh terpacak depan pintu opis diorg. knowing my PD is a very punctual person. even he's not my immediate superior, tapi harus respect jua cos he's very senior and experienced in the industry.

tapi satu aku tak suka, everytime g meeting ngn PD ni, sure aku kena dok betul2 seblah dia..since dia pon yg chair the meeting, so aku pun ala2 center of attention laa jugak..*blush2* nak ber ym or fb pon tak blh..haishhh. kena kontrol ayu dan serious hokay! me not liking it. about 7 of us dah terpcak dlm bilik meeting tu, and we waited till 2.45pm. and to my consternation, none of the consultant's rep showed up. gila tak gila punya..client yang tunggu consultant..apa kes daaaa...aku pandang muka PD, pD pandang muka aku..dua2 geleng kepala tak pecaya..pastu around 2.50 ade laa sorang rep frm their side showed up. pastu buat excused kata communication breakdown, n they did not receive any memo, letter or email psl meeting tuh.

PD aku terus menggelegak laa sbb letter to call for the meeting smlm came from them. how can it be possible that all of us were notified but none of them got the email and letter? dalam pukul 3.30 baru start meeting proper, itu pon lepas PD aku drag the key person from their side out of another meeting kat bilik seblah tu. ganas hokay PD aku semalam. hilang kehajian dia sekejap katanya.

lepas tu mase discuss pasal mistake kat tender tu, none of their rep yg mengaku dia prepare taht section. masing tuding jari kat org lain. i just couldnt believe it, i mean as a team they have to support each other kan? they should bear the blame as in collective responsiblity dan bukan dgn menjatuhkan sesama sendiri. kot yaa pun kalau the section yang u prepared tu is flawless, the tender doc still ade loophole jugak since other sections compang camping. btol tak?

during my turn to brief about the mistake that i spotted n recommendation for that, i started my line dgn humble nya. siap ckp "correct me if i'm wrong"..gilaa mcm budak taat betul je. kena tunjuk respek and humble juga dpn diorg since im the most junior dlm bilik tu, and yg lain smua otai2 belaka. tapi aku start bengang kalau aku respect org, tapi org tu rase aku tak layak nak bagi opinion or comment kerja yang dia buat. yg aku geram gila bila dia question psl the way i re-worded some of the clauses. like seriously? ive never question anytg about bq, specs or drawings..i dont read bq, i dont know how and wat to look at the drawings. reason being, im a lawyer by profession, bukan qs, bukan engineer..so y should i encroach into some other ppl's teritorry? the best part is, bila aku dh betulkan n reword the clauses, dia boleh ckp nak stick to the old one and takmau amend. helloooooooooooooooooooo!! aku client ke, ko yang client ni? who's paying who? bukan lah aku nak suruh kau tu bertaqlid dgn whatever that i said, tapi if u beg to differ, then u need to give ur reasoning. i ve explained why that clauses need to be reworded in manner tht i ve suggested , n i if u dont agree explain lah kenapa. stupid consultant. bertekak mcm budak2! dan aku plg benci jawapan bodoh consultant "it's a standard clause. so we cant change it". mmg wa terbakar beb. smp aku terkurang ajar ckp "in that case, ur standard clause is not up to my standard" .ok.puas ati. mulut dia terus nganga smp kala jengking pon boleh masuk hokay!

tgh2 aku berapi rapi tu, tiba2 sr. manager aku ckp " our miss legal ni garang tau. kita kat opis pun ikut ckp dia.u berani mau lawan?" hampeh. aku tpaksa je tahan gelak sbb masa tu tgh kontrol muka sisa baki kemarahan tuh.. last2 aku ckp je kalau diorang taknak reword clause tu ikot yg aku ckp, then if any legal issue arising thereof, they should be held responsible. and jgn cakap aku tak advice on legality ke apa ke..mcm cipan je kan, nampak tak who's advising who? client plak advise consultant..mmg stupid idiot consultant.

aku pun tak tau laa apa motif aku cerita psl benda ni kat sini. tapi nama pon blog aku kan..blog aku memang merapu! if this happen to be ur first time reading my blog, aku mintak maaf bnyk2 laa sebab blog aku ni tak informatif langsung. hanya sekadar tempat aku nak bercerita. tapi kalau anda rase terhibur, sila taipkan AFUNDI SALWA dan hantarkan ke 32999. konpem tahun dpn aku dpt masuk af tanpa audition pun. eh, tapi tahun dpn mcm terlebih umur jer?

kesimpulan:

1. jadilah org yang menepati masa
2. skill merempit amatlah berguna dikala kecemasan
3. respectlah client anda. sebab client yg bayar gaji anda!
4. walaupun mengamuk dan berapi api, wajib utk kontrol ayu okay!
5. saling hormat menghormati adalah budaya bangsa kita

ok tu je kesimpulan yg boleh aku pk kan. oh sekurang2nya berfaedah gak laa entry aku ni.

Count your blessing

i'm freaking nervous about tomorrow..i dun think tht i'm prepared to repeat the whole process again..rase mcm dah setahun aku tak buat benda ni..let say kalau jadi, nnt for the first two months tu, sure malu2 n segan2..lps tu tak tau nk buat ape..haishhh!! haishhhhhhhhhhhh!!! i ve already asked few of my frens, thy said i should go for it.. yang aku pulak, terasa mcm unsure.tak tau benda nak jadi macam mana in future.

kwn2 aku ckp, kalau rase tak selesa and tak sesuai, cari je yang baru..haishhhhhhhh, takkan mcm tukar baju kot? tapi tu lah...aku ni pandai je nasihat org..hari tu aku ckp benda yg sama dekat eva..tp ni bila diri sendiri pulak yg kena deal with this situation, rase mcm ragu2 sgt..

biarlah...malas nk pk on the outcome..aku cuma nk pk psl esok je dulu..even if tak menjadi in future, at least i leave some good impression tomorrow..tapi dalam hati..ade jugak mengharap tu even tak letak harapan yg tinggi sgt..

aku pun tak tau ape yg aku tulis ni..kalau korang tak phm..takpelaa..just ignore it..nk tulis jelas2 sgt, i'm a very private person. n segan pun ade sebab benda still tak sure lagi. tgk lah nanti, kalau ade gud news, aku share laa kat sini..kalau takde, maksudnye berkubur je laa harapan..better i sto writing now.ayat dh tunggang terbalik, otak jammed since yesterday. smlm seharian dok memerah otak buat legal opinion..hari ni plak dok melayan consultant yg angkuh lagi hampeh tu.

doakan saya ye kawan2..semoga hari esok akan cerah, dan semoga segala urusan saya berjalan dengan lancar utk esok hari

Tuesday, April 27, 2010

Esok 1

aku nak cerita pasal esok..tapi mcm tersekat je nak cerita..nnt2 lah cerita..nak kuar pegi smhb pulak lps ni.haishh potong stim btul.

nota kaki: ini entry mengarut dan merapu. harap maaf sbb potong stim anda juga!

Sesi bergadget

went to low yatt wit eva lepas kerja td..amoi tu nk upgrade her curve to bold II.. aiyak manyak kaya laa lu minah.. time amoi tu dok membayar dan suh org kedai tu install sgl mcm benda kat bold II dia, aku g round tgk laptop kat tingkat atas jap.. n i bought this for my mum..



sempena mother's day..since kat ulu yam dah pasang streamyx..bleh laa aku main farmville dgn sonok nyeeeee bile blk weekend nnt.. lps ni, klu mak aku add korang kat fb, sile jgn approve ye kawan2..hahah matik laa aku takmo rahsia aku dlm fb terbongkar..*wah mcm laa aku ade rahsia sgt kat fb kan*

tapi takmo bg dulu laa..nk simpan je dulu sbb nk tunggu mother's day nnt..lg pon nak kna cari hadiah besday abah lak..abah nye bday pon bulan may gak..so kebiasaannye kitorg adik beradik combinekan aje..ehhehe bajet beb..

ni aku tgh dok pk2 nk bg hadiah ape laa kat abah ni..org lelaki ni barang2 diorang limited..pastu mahal2 gilos plak tu..klu pompuan sonang aje.. klu mama tu, bday ke, mother's day ke, bagi je apa aje, dr jewelry, set pinggan mangkuk, smp laa ke laptop..

aku cam ter pk nk bg jam..tp jam yg cam ne ek? abah aku ni tak ske yg fancy2 or jam yg besar2 tu..abah lagi ske yg simple2 n nipis aje..member aku kata klu yg nipis tu longines nye jam laa..makk aiii..matik laa mahal gilak...

oh dilema betul nk pk hadiah abah..nk bg set pancing kah? sbb abah ni mmg kaki pancing..nasib baik laa bday abah dekat2 je ngn father's day..so aku combinekan je dua2 tu..hahhaha..any idea utk hadiah abah? tandus idea sudah nihhhh


Sunday, April 25, 2010

Tak kisah!

aku tak kisah !
zack kalah, aku tak kisah!
kamal menang, aku tak kisah!

aku tak pergi mengundi, bukan sebab aku tak kisah!
sebab aku mengundi kat gombak.

tadi aku pakai tudung pink masa nak pergi beli aiskrim kat pekan ulu yam.
orang kat situ2 tgk, dan ingat aku puteri umno.

aku tak kisah!

ade sekumpulan makciks bertudung merah tegur aku kat luar kedai.

makcik : dah pegi mengundi ke?
aku : tak cukup umur lagi *matiklaaa perasan muda* (nasib baik aku tak jawab "aku tak kisah")

Friday, April 23, 2010

Layan sajalah

ini lagu kegemaran saya. tak ingt bila pertama kali saya dengar lagu ini. tapi sejak kali pertama bait2 lirik lagu ini menyapa telinga saya, terasa macam terpaku. ditambah pula dengan suara mnasir yang memang menjadi pujaan hati saya, dulu kini dan selamanya. kalau ade jejaka lombok yang dapat mengalunkan lagu ini dengan patah keroncong yang boleh memukau jiwa, tentu saya akan pinta haji redzuan masuk meminang beliau!

Wednesday, April 21, 2010

Congrats dear

to Nana,

tahniah saya ucapkan pada awak. marilah kita bersama-sama menaiktaraf industri air negara! hidup air untuk negara!

dan mungkinkah bali 2011? wat say you nana and eva?

Wednesday, April 14, 2010

GRO atau pelacur?

"When the appellant first met Sarah there she was working as a prostitute, with the dignified job designation of GRO (Guest Relations Officer)"

per Hasan Lah JCA, Chian Swee Ong v PP (2010) 3 CLJ 799



Tuesday, April 13, 2010

Letih dan bosan

ini penangan mood swing. adekah kerana kerja?atau kerana orang yang bekerja bersama aku? atau kerana sesuatu? atau kerana seseorang? yang pentingnya, aku rasa tak sedap hati. ade semacam perasaan tidak senang. mood nak bercuti pon belum sampai lagi.

Hai farren eva

thanks to you. tapi kau mmg kaki tidor hokay! so aku tarik balik thanks aku. sila book hotel cepat. nnt kita berempat merempat aje kat sana. ishh scary laa pulak..homeless in bandung? apekahhhhhh???

Monday, April 12, 2010

Nenek : cerita ape ni wawa?
Cucu : batu belah batu bertangkup nek..
Nenek: jahat betul si pekan ni, kesian mak dia ngidam

selepas sepuluh minit....

Nenek: cerita apa kat tv ni?

Cucu : Batu belah batu bertangkup nekkk
Nenek: ooo...cerita ikan tembakul tu eh?
Cucu : aah nek..ni si pekan ni laa jahat

5 Minit kemudian

Nenek : ape cerita main kat tv ni?
Cucu : Batu belah batu bertangkup ni nek
Nenek : Ooooooo... eh tadi nenek dh tanye kan? nek rase dh tanya kat wawa laa td..
Cucu : wawa rasa pon dh jawab 3 kali dh tadi..hahahahah..nenek ni comel lah nek.

Nota kaki: nenek saya sudah hampir 90 tahun usianya...

Saturday, April 10, 2010

Hai encik polis :p

sedang memandu. tgn kanan pegang stereng. tgn kiri pegang hp.seatbelt tak pakai.tak perasan ade polis tgh jaga kat dpn.terlalu lambat untuk bertindak.dalam hati hny pasrah sahaja. polis suruh berhenti.mata polis pandang pada seatbelt. kemudian pandang pada roadtax. kemudian pandang sticker atas roadtax. polis senyum meleret. angkat tgn kanan tanda hormat. savvy hitam kembali meluncur laju.

nota kaki: sticker tersebut hanya berharga RM 3 semasa dibeli tahun 2007. tapi kena tunggu 4 tahun untuk beli sticker tu.

Friday, April 9, 2010

sila klik utk ulasan penuh

nasihat aku:
orang pahang jaga2 ye..mahkamah syariah pahang suka main sebat2 skang ni.

ulasan aku:
masa kecik2 tak kena sebat dgn mak bapak kot.. bila dh besar, mahakamah tolong sebatkan..niceeee..

nota kaki:
eh gaji RM 550 pon nak minum arak gak? minum air kosong dh le bang oiiii..murah, jimat dan halalan toiyyiban!

Wednesday, April 7, 2010

Formal letter

im not a good writer. those who read my blog know tht i dont write in full sentence..be it in bahasa or english. i have so many things to say, but i just couldnt find the right word to reflect my thoughts. btw oral and written test, i usually excel in my oral test.

to draft a formal letter is a nightmare. wat more if it is in bahasa.

thank you.

footnote: the writer is having writers block

Monday, April 5, 2010

ok aku bengang. air liur pon dh habis sbb penat explain kat org tak phm bahasa. aku tak marah sape2. tapi aku bengang je. boleh?

dekat 2 jam aku explain, tapi kamu still ckp benda yg sama. maksudnye mmg kamu tak phm dan mungkin tak akan paham.maka sia2 air liur aku ini. tapi aku rasa explanation aku mudah shj. agreement tu antara kompeni kamu dgn kompeni B. tak ada kena mengena dgn kompeni aku. tak ada assigment, conveyance mahu pon transfer. mulut aku lenguh. lenguh bercakap.

kalau lenguh badan, boleh pergi spa n pastu kena urut. ade ke orang urut mulut? kalau ade, bg tahu aku mcm mana and dekat mana.

aku nk mengeluh, tp mengeluh itu tak baik. eh aku rase sbenanye aku bengang sebab liyana jasmay menang kot smlm?

atau aku bengang sebab scha alyahya kata melbourne kat usa. lepas tu ramai org blame cakap scha tak tau yg melbourne tu ade di australia shj.

atau aku bengang dekat org2 yg blame scha, sbb melbourne mmg ade kat florida sbenanye.

atau aku sbenanye bengang sebab aku rase nk balik tp aku kna tgk dokumen ni lagi.

tapi, aku rase aku kena blk. sebab kalau aku tak blk, aku akan bengang.

aku nak balik lah. bye.

Friday, April 2, 2010

Mimpi ngeri!

Adalah tak best kalau terpaksa belajar add math.

dan adalah tak best juga bila terjaga dari mimpi yang tak best.

terpaksa mengambil paper add math utk SPM dengan tidak pernah masuk ke kelas add math sepanjang tingkatan 4 dan 5 itu adalah SANGAT TAK BEST!

p/s: mimpi ini adalah gara2 teka teki office mate aku siang tadi. dan mimpi tersebut berbunyi,

Quiz: Very simple
They say that only
people with minimum 120 IQ can find it out
IF: 2 + 3 =
10 7 + 2 = 63 6 + 5 = 66 8 + 4 = 96 Then: 9 + 7 = ?

apa2 yg berkaitan dgn kalkulus adalah bukan forte saya. dan saya akui saya memang kurang bijak dalam hal2 berkait matematik dan pengiraan sejak azali lagi. makanya saya katakan pada office mate saya,

"ohhh patutlah aku tak dapat jawab..its only for ppl with minimum 120 IQ. i am certified with minimum IQ 160"

Nota kaki:

anda juga boleh cuba menjawab. selamat berjaya!!

;;

Template by:
Free Blog Templates