Tuesday, April 28, 2009

O.S.A.K.A

mata sy mmg degil kot.suka je takmo tdo yaa..apa nk jd lah ni..dh kul 2.10 am.sok sy ada trial fop.sgt mls laa..dh laaa sok dpp yg cross.busan.sy lebih suka cros saksi dr conduct chief xm.sbb bila cross...sy tak perlu prepare awal2.smua kna spontaneous n must be a real manupulative person.dh lama tak main cross2 kes murder n 39B ..rindu laa plak..


sy mahu pergi osaka lah kawan2!!!

6 tukang karut:

BlogMenu said...

Salam salwa.....nampak cantik bila salwa pakai tudung.kan macam tutup satu aurat.

Sy tinggalkan blog reezkin sebab ini ulasan kita berdua. Maaf cakap.

Sy tak kata semua yang pakai tudung tuu baik, dan sy tak kata semua yang tak pakai tudung tuu tak baik.

Cuma cuba salwa renungkan dan perhatikan....makanan tepi jalan, mana yang lebih baik..yang tak ditudung atau yang ditudung. kalau inipun tak boleh jawab.tak guna masuk universiti.

aku tengok gambar salwa pakai tudung tuu cantik bangat...cuba buka tudung...entah-entah rambut kerinting macam negro atau lurus ghogeh-ghogeh macam cina,atau uban putih. cantik ke kalau macam tuu?

Tudung itu sekurang-kurangnya menutup salah satu daripada aurat perempuan. bukankah itu dapat pahala...jangan dikira soal perangai lagi. yang penting salah satu tuntutan agama dah dilaksanakan. mendedah aurat itu bukan dosa kecik, tapi dosa besar. jangan sal nak nafikan..kalu sal nafikan lagi besar dosanya.

Sebagaimana solat...tak semestinya orang yang selalu solat itu akan masuk syurga...tapi kalau yang solatpun tak jamin masuk syurga...apa salwa pk (dgn fikiran waras dan cerdik) orang yang tak solat akan masuk syurga?, jauh panggang dari api, jauh ulam dari budu. Tak masuk akalkan?. akal pun sudah tak masuk, apatah lagi syurga.

Sy setuju bila Sal kata tak semua orang Pas masuk syurga...sebab orang yang akan masuk syurga adalah orang-orang yang menunaikan segala perintah Allah (termasuk menutup aurat-rambut, dada, punggung, paha, betis dan bentuk tubuh bagi perempuan-terhadap lelaki sah nikah) dan meninggalkan laranganNya. Sokong Pas pun kalau tak solat, mencuri, berzina,melihat aurat perempuan-perempuan yang cantik macam salwa ni,sudah pasti sukar untuk masuk syurga. tapi yang pasti hingga kini PAS menyeru manusia kepada Islam dan penghayatan agama. Dalam hal agama memang jauh beza antara PAS dan UMNO. Tidak semuanya, tapi banyaaak-banyaaak.

Tak ada gunanya salwa mempertahankan ketuanan melayu...apatah lagi memuja melayu jika Islam dipinggirkan, jika al-Qur'an dan hukumnya ditolak. bawakan saya satu dalil yang mengatakan Bangsa Melayu itu penting untuk masuk syurga.

Di akhirat tuhan tak tanya engkau pejuang melayu atau malaysia...yang tuhan tanya...bagaimana solatmu, iman kamu, keseluruhannya semua tentang Islam.

saya membawa usul aurat ini kerana, ia merupakan perkara asas tetapi penting. Memang Allah tidak melihat kecantikan dan paras rupa tetapi yang dilihat adalah hati, tapi bertudung dan menutup aurat itu adalah pendidikan ke arah menjernihkan hati. Cahaya takkan dapat menghilangkan sesuatu benda yang kotor tanpa dibasuh dengan air, tetapi membasuh sesuatu dengan air tanpa cahaya amat susah untuk dibersihkan.

Salwa...kekalkan dengan tudungmu...ikhlas saya kata cantik dan anggung..tapi buat biar ikhlas...orang yang menutup aurat sepanjang masa daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (strange man)akan mengalir pahala selama mana ianya tidak dibuka. Baca surah an-Nisa' banyak2. jangan asyik nak komen, ini soal hukum. Kalau sy nak cari istr sy cari orang pkai tudung. MENUTUP AURAT semua sekali, bukan tudung sahaja. Pakai tudung nampak pusat tak guna, pakai tudung, punggung tergedik-gedik tak berbaloi, pakai tudung singkat, gunung membonjol eee!!!

Terakhir untuk salwa.
Sy tengok sifat malu sudah dibuang oleh Allah dari diri seorang wanita hari ini...betul atau tidak?, kita bincang tajuk ini nanti. Jumpa di YM
Sory.

~salwaredzuan~ said...

mr amri,
terima kasih sbb singgah blog sy.to make it simple and short..

ttg isu tudung, my point is...menutup aurat adalah tuntutan agama.tp tak semestinya wanita tak bertudung tu jahat.dosa dia pd tuhan, as fellow muslims, kita kna nasihat dia.bkn kutuk or keji.sbb persepsi mcm ni yg buat org islam tak maju.

cuma, im a bit frustrated with my fellow muslim brothers n sisters yg terlalu berpandangan negatif towards those girls yg tak bertudung.

n i have never denied that covering the aurah is obligatory.kalau sy ada nafikan yg tutup aurah tu adalah satu tuntutan agama...y should i be covering my aurah since i was 13?

kalau pompuan tu tak pakai tudung pun...tak bermaksud yg dia tu perempuan keji.kalaupun dia keji dan berdosa, biarlah allah je yg hukum dia..who are we to judge other ppl? sy harap en. amri paham maksud sy nih..

psl ketuanan melayu tu...

i was provoking rezqeen actually.believe it or not, i have never believd in ketuanan melayu.in fact, sy selalu merasakan yg ketuanan melayu dan konsep bumiputera-ism ni hny menyusahkan org melayu n buat org melayu jd malas, mundur dan suka bergantung hidup..tak nak usaha sendiri.lebih bnyk ambil jln mudah.tak ade daya saing.kalau tak, knapa purata kemiskinan kaum melayu yg tertinggi?

org melayu dpt 1A spm pon boleh masuk universiti.org cina india, dpt 8-9A kna ambil form 6 sbb quota sistem.(ni zaman sy spm dulu2)

maybe ada stgh2 org kata sy ni tak bersyukur psl jd org melayu n lupa pd asal usul.tp apa ada sgt pada darah melayu ni?

mcm encik amri ckp, kat akhirat tuhan tak tny pun kamu ni bangsa apa.takde plak main isi borang n kna thick samada melyu, cina, india atau lain2.

may be u konfius skit psl my previous statement about ketuanan melayu.apa yg i nk maksudkan was tht, ada sesetengah pihak yg cuba nk manipulasi isu ketuanan melayu.as if they are the savior of ketuanan melayu.pd hal sebnanye, diorg ni yg nk menghancurkan melayu.get wat i meant?

anyway, again i wanna thank u for dropping by here.looking forward to having a fruitful dicussion with u in the future.

otromen said...

hai cik salwa,,assalamualaikum, menarik topic kat atas tu..satu case tudung n satu g case melayu yg x sedar diri..i pun melayu. dont get me wrong ya.saya 110% setuju dgn cik salwa compare to mr amri nya comment tu. i da go through both.Mmg wajib pakai tudung tu x da argument on that issue ya cuma nya klu en amri look around u x payah g jauh maybe ur famly je..did all ur family pakai tudung proper seperti yg dituntut oleh islam ke..as u said earlier makanan betutup tu g elok dr yg tededah kan..tp klu tutup wat syarat n x betul..lalat masuk gak kan en amri, sama lah cam tak betutup kan. so en amri do research dulu how n what islam nya way of tudung ya. da u betul kan family u then baru u comment the way how others put on tudung. leadership by example ya. the other point, x de la pulak yg tak pakai tudung tu tak baik, yg pakai tu baik..give me the facy n figure before u said that, banyak yg x pakai tudung tu i tgk ikhlas, telus n helpful compare dgn yg pakai tudung tu. Again look around you x ya g jauh in ur office cukup la...

About melayu..i malay ya. cumanya i grad kat oversea.. i penah keja oversea n malaysia. n now pun i keja kat oversea again.stuju sgt with salwa..we are lazy en amri..itu je takuk yg kita ada. "Cukup la yang kita ada". berapa ramai malay yg bejaya..ramai kan. tp berapa ramai yg tak bejaya..belambak..i x tau la u bejaya or cukup2 makan je.All kerana sikap malas n tunggu. semua nak kena suap. x suap x makan, come on...kita ni tetingal da ni.Bangunnnn..jgn hapy dgn apa kita ada..cari sebanyak yg bole, use it for kebaikkan, buat jariah dr duit yg lebih tu, bkn tungu je like wat hapen now. i da keja banyak negara..i akui kita ni nama je keja kul 8 sampai kul 5. tp cuba esok cik amri duk opis u mark waktu u keja n tak keja, berapa lama masa u abis sembang, makn, set up table to work n kemas table to cabuttt balik. then tell us. thats is the way we keja la. cam ne nak jadi tuan cam tu..u cant find org keja g2 kat western or negara maju yg lain..people really work.. non muslim tu. tp kita yg muslin ni tak tepikir ke haram n tak beretika cara kita kerja tu... kenapa jd gitu ek..cos kita ni da di manja kan dr dulu oleh kerajaan
x wat pun x pa, ujung bulan dpt gaji..cukupp la tu.

By the way cik salwa u r god.cheers mate. salam

sportcar said...

hey
i pun setuju la dgn salwa & otomen tu.. em amri ni emotional la. klu setakat tau sikit2 isue semasa sana sini, saya rasa en amri kena banyak belaja n membaca dan yg penting buka mata tu sikit..the other word keluar la dari tempurung tu en amri..

~salwaredzuan~ said...

mr otromen,
sy grad local sajerrrrrr...hehehehe

mr sportcar,
en. amri ni tak emotional.maybe dia tau bnyk isu semasa.tp tk kan nk spill out semua kat sini.nnt jd blog lord amri laa plak.. :p

Amri said...

assalamualaikum salwa, spotcar,otromen, hui nama smacam, agak-agak melayu ke bukan melayu.

Sori salwa, i bukan nak spill out ur blog, tapi ada orang lain minat kat U, sebab tu i kena jawab gak, dunia skarang kan, masing-masing ada alasan dan ada jawapan. kenapa merka tumpang skali sebab u perempuan. u syud thanks to atromen and sportcar. sekurang-kurangnya atromen menawarkan khidmat menyelamatkan u dan bawa lari dengan kereta sport. baguslah bantu membantu.

Tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. maksud firman Allah.

Anyhow,i stuju dengan pendapat u, orang lain dia tak tahu isu, dia hantam saja...saja nak bela u. tul tak.

untuk pengetahuan atromen, sy demi allah semua family sy dari saudara mara sehingga spupu spapat tak tinggal tudung, semua i jaga, semua my family i nasitkan blajar sekolah agama, biar ada ilmu. cuma tebal nipis tu i tak prasan sangat, takkan hari hari nak jaga diaorang. Tapi kalau keluar rumah tak pernah mis, seurat rambutpun tak nampak. Kalau nak tahu sila datang ke Kelantan, hubungi saya at amrishah@gmail.com.

En. sportcar, dari ayat saudara sy dah tahu, baik atau buruk prangai, mengata orang katak bawah tempurung la, tak tahu isu la. Pentas mana kita nak jumpa, isu apa kita nak bahas, silakan.

Saya bincang ngan salwa pasal aurat, tudung, ini buka isu, ini adalah hakikat hukum. samada u all nak terima atau tidak itu bukan soal, tapi u all kena terima ini hukum. semua kita adalah adalah bersaudara dan wajib nasihat menasihati, betul membetuli apa yang silap faham. memang keputuan daripada Allah, tapi kita sebagai manusia wajib tegur menegur dan nasihat menasihati kepada kebaikan dan iman.

alhamdulillah, cik salwa menutup aurat sejak dari umur 13 tahun lagi, itulah yang saya maksudkan. semoga kita sama-sama ingat bahawa ini hukum Allah, jangan pula kita nak bela, orang yang tak pakai tudung tuu jahat belaka. kalau ayat itu samalah jika katakan tak semua orang yang mencuri itu baik, tak semua penagih itu jahat, tak semua orang yang minum arak itu jahat, tak semua perogol dan penzina itu jahat. Kita sebagai manusia Islam, wajib mengakui bahawa perlakuan mereka itu jahat. dan wajib atas kita mengislahkan mereka, bukan menyokong mereka.

Wajib atas kita hari ini yang mengaku islam,
beriman kepada Allah, para rasul, malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan perkara ghaib yang disebut didalam al-que'an dan hadits. wajib atas kita menunaikan solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat, Mengerjakan Haji, Meninggalkan semua perkara haram - ramai hari ini mengaku Islam, tapi bergaul bebas lelaki perempuan, bersentuhan, bercumbu-cumbuan (kekasih je), berzina, minum arak, main judi, ini yang boleh kita nampak ngan mata kepala kita hari ini, adakah orang yang melakukan perkara-perkara ini kita nak kata biarkan mereka, tak semua mereka itu jahat...boleh??. Berkatalah benar walaupun pahit (kulil haq walau kaana murran, apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran cegahlah dengan tangan kamu, (tulis blog, komen blog ni salah satu dengan tangan), jika kamu tidak mampu cegahlah dengan mulut/kata-kata kamu dan terakhir jika masih tak mampu cegahlah dengan hati. tapi nabi kata itulah cegahan daripada orang yang selemah-lemah iman. Dengan hati, bermakna kita tidak rela walau sebesar kuman kurus sekalipun, kemaksiatan dan pelanggaran hukum Allah berlaku didepan mata kita.

Saya kadang-kadang pening memikirkan, keadaan dunia umat Islam pada hari ini. Ditegur dapat kutukan dan cemuhan tapi kalau tak tegur sudah pasti dapat dosa, ini memang dah dijanjikan begitu oleh Allah. kalau semua orang tak mahu tegur kesalahan dan kesilapan antara satu sama lain, tak ada satu bendapun yang jadi. buat blogpun, kalau orang tak tegur tak akan jadi cantik, tak lengkap, tak sempurna, tak menawan, tak ada orang puji.

Sori, terlalu panjang. saya biasanya tak suka menulis, sebab susah nak memahamkan orang dengan penulisan. sebab tu kalau guna hp pakai sms tak selesai, lepas satu satu, sana hantar sini balas, sini tanya sana jawab, berbilion maxis dan celcom untung sebulan. kalau hello kan cepat, paling lamapun 5 minit. selesai.

assalamualaikum.

Template by:
Free Blog Templates