Hari ini, tanggal ini. Maka bermulalah detik2 penyeksaan yang bakal dilalui oleh setiap graduan lulusan undang-undang yang memilih untuk mengamal. Hari ini, detik ini, aku dah decide untuk failkan borang Petisyen untuk Penerimaan Masuk Peguambela dan Peguamcara atau lebih dikenali dikalangan budak2 chambering sebagai Borang 1.
CHAMBERING/PUPILLAGE- ada orang panggil pupillage. tapi perkataan yang lebih mesraa kat telinga aku adalah Chambering. kalau ditanya pada layman pon, mereka akan tahu chambering, atau plg kurang pun, mereka pernah laa dgr perkataan ni. tapi kalau pupillage tu, agak alien sikit bunyinya.
CHAMBEE/PUPIL IN CHAMBER- ini adalah gelaran yang diberi kepada aku semasa tempoh chambering ni. actually, the word chambee doesnt even exist but i believe many of us still use the word..so pls do something to make it an official term. sbb aku rase pupil tu mcm budak sekolah sahaja.. tapi di mahkamah, kami lebih dikenali sebagai PDK (pelatih dalam kamar) sahaja.
MASTER- gelaran ni diberi kepada peguam senior yang melatih chambee beliau sepanjang tempoh chambering. aku lebih suka panggil master aku sebagai masterji..heheh..bajet feeling bollywood laa konon..heckk laa. owh ya..lupa plak. hanya peguam yang telah mengamal lebih dari 7 tahun sahaja yang dibenarkan untuk menjadi master. dan dalam satu masa, master hanya dibenarkan untuk melatih 2 orang chambee sahaja.
tempoh masa chambering adalah selama 9 bulan. dulu masa kelas law & society kat matric uia PJ, mdm waheeda pernah cerita, 9 bulan chambering ni ibaratnye macam 9 bulan fetus dalam kandungan.bila fetus tersebut lahir kedunia, maka terhasillah seorang bayi yang comelllnyee.. so mcm tu jugak lah seorang chambee yg terpaksa melalui detik 9 bulan latihan dalam kamar. when the 9 months complete, maka lahirlah seorang peguambela dan peguamcara
yang comelnyerrr yang berdedikasi.
aku still ingat lagi. masa hari aku file kan Borang 1 aku tu, aku dah tersalah tulis nama aku. Nama aku yang tertera dalam kad pengenalan adalah Raidah Salwa Binti Mat Redzuan. Tapi kat Borang 1 tu, aku hanya tulis Raidah Salwa Mat Redzuan. so bila aku nk serah kan borang 1 aku tu kat Murali, maka aku ditanya oleh murali:-
"apa nama dalam I/C you?"
so aku pon jawab
"raidah salwa binti mat redzuan"murali tny balik "
apa pasal sana ada binti, ini borang tak ada binti?itu kembar u juga kaa?"maka aku pon tersengih lebar bak kerang busuk dan terpaksa laa aku pergi beli borang baru harga RM 5. padahal klu aku potostat kat opis siap2 tadi, free ajer.buat laa salah sepuluh kali pon takpa..haha.so lepas beli borang baru, aku pon kena isi lagi sekali and pegi affirm lagi sekali kat pesuruhjaya sumpah.zaman ni, KL court masih lagi depan dataran merdeka. tempat nk file kan borang dgn tempat nk affirm kat pesuruhjaya sumpah adelah jauh!. maka aku terpaksa berjalan dalam keadaan panas terik, matahari atas kepala, memakai baju kurung hitam dan blazer, serta kasut tumit tinggi. benci! dalam hati aku, aku berdoa bnyk2 semoga aku akan masih bernafas smp laa ke hari terakhir chambering ini.
borang yang ni aku letak BINTIyang ni aku malas bijak sgt, so terokasa kna amend
tiba dikaunter pesuruhjaya sumpah, aku tgk org ramai je nak blah.dalam hati aku adalah girang. konon tak payah laa kau amek nombor and tunggu sampai berjanggut. rupa2 nya, telahanku meleset sama sekali. mereka beredar kerana kaunter telah ditutup untuk memberi laluan kepada acara makan tengahari. adoiiiiiii.. maka aku terpaksa laa mencari tmpt mkn juga sementara tunggu kaunter dibuka semula.ini baru hari pertama. lupa pulak..pengalaman hari pertama ini aku lalui bersama dgn leya dan rini.
alhamdulillah, tepat jam 2.48, aku telah berjaya selesaikan misi borang 1 tersebut. maka aku pon pulang ke kantor dgn hati yang girang. maka tanggal ini, detik ini, 28.12.2006, saya Raidah Salwa Binti Mat Redzuan, pelatih dalam kamar dari Tetuan Selvam Shanmugam.
6 tukang karut:
mengimbau kembali zaman silam nampak?
kenapa aku rasa kau akan rindu practice ehhhhhhh
afzan,
tempat jatuh lagi kan dikenang..ini pulak tempat ken abuli..hehehehhe
ooo..awk peguam rupanya..bangga rasanya kenal dengan peguam..hahaha..
(murali yg saya kenal ajar saya ikat fail..cantik dan kukuh ikatannya)
murali yg saya kenal juga nasihati saya "walau apapun orang lain mengejek/memanggil kamu dengan nama yg buruk, nama kamu tetap nama yang tertera dalam kad pengenalan kamu..walau apapun orang lain mengejek/memanggil bapak kamu dengan nama yang buruk, nama bapak kamu tetap yang tertera dalam surat beranak kamu,bukti kamu anak ayah kamu dan bukti ibu kamu melahirkan kamu..
seorang bukan sasterawan,
nama awak sepanjang nama pena juga.jd panggil yang mana pon sama panjangnya.disebabkan oleh murali, sampai sekarang saya akan tulis nama penuh dlm setiap apa juga yg saya lakukan..smp long call juga sy berterima kasih pd murali dlm speech long call saya..
anyway, sy juga gembire dapat kena seorang lagi rakan bijaksana saya. jgn lunch lamabt2 ye learned counsel!
wah, tahniah krn dh berjaya mlepasi saat2 9bulan dlu tue:) nie msti teringat2 balik psl dah terasa tua skit kan?ehehe:p
kerol,
mmg laa rasa ua..time tu tgh beringus lagi.br grad n taktau wat awaits for us in the future..9 bulan adelah azab..9 bulan juga adelah memories.. depends on how u gonna take it..as for me.. 9 bulan tu hanya once in ur life time.. be it sweet or torture
Post a Comment