tajuk entry adalah poyo okeh!!!!
but that is the reality in life.
aku ibaratkan kehidupan macam kayuh basikal. kalau penat, berhentilah..jangan paksa diri. tapi once dah behenti, jangan terus terusan berhenti, perlu ingat yang perjalanan masih panjang..orang lain dh ke depan..kita masih di belakang.
jadi kita pun meneruskan kayuhan..utk sama bersaing dgn rakan2 yg dah kehadapan...tapi, tiba2 rasa penat tu datang lagi. dan tak salah untuk berhenti. mungkin kita salahkan basikal kita yang tak secanggih mereka yang mendahului. sebab tak semua orang mampu untuk beli basikal yang mahal2..
atau mungkin, basikal kita memang canggih mcm mereka yg didepan, tapi kita sendiri yang tak tahu nak gunakan kecanggihan basikal tersebut, dan hnya pandai menyalahkan basikal sahaja..dan kadang2 perlu kita ingat, kalau kita hanya pandai mencari salah org lain, tanpa menilai diri sendiri, tak mustahil satu hari nanti si capik yang berkaki palsu mampu untuk memintas basikal yang sedang kita kayuh.
kita sedang asyik mengayuh basikal kehidupan, lantas terfikir yng kayuhan ini adalah sia2 sahaja kerana selaju mana mengayuh basikl, garisan penamatnya masih belum kelihatan..entahkn wujud entahkan tidak, garisan penamat itu..lalu menyesali.." ahhh sia2 shaja aku bazirkan tenaga mengayuh basikal ini sedangkan mana satu destinasi pun aku tak pasti"
tapi kita lupa, mana mungkin kayuhan tersbut adalah sia2 belaka? kalau dari hari pertama bermula mengayuh basikal, berat badan adalah 80kg..cuba timbang beratnya diketika kita merasakan sesalan mengayuh yg sia2 itu..tentu beratnya dah berkurang menjadi 50kg mungkin?
adapun basikal kehidupan setiap orang takkan menjadi sia2..setiap kayuhan membawa seribu makna..sedang mengayuh basikal kehidupan, mata menyaksikan banyak perkara..seorang nenek tua sedang duduk disatu sudut menadah tangan utk menagih simpati orang ramai...dalam hati tertanya tanya, kemana pergi anak dan waris nenek ini? mengapa tiada yang peduli nasib malangnya? dan dalamhati juga telah berazam untuk tidak menghalal kan emak jadi seperti nenek ini..
cerita tentang basikal kehidupan memang tidak berkesudahan..andai waktunya telah tiba, basikal akan rapuh..mungkin terbelah dua..mungkin juga kaki tak bisa lagi mengayuh..maka disaat itu, terhentilah kayuhan..
mungkin,
disitu adalah destinasi basikal kehidupan
nota kaki;-
entry ini ditujukan khas utk pengayuh basikal dari terengganu..dgn pesanan ikhlas, teruskan berjayuh..jgn mudah bosan...jgn cepat putus asa
3 tukang karut:
dalam maknanya!dan saya setuju.tujukan la kat cik shuey.bile nak ber chilis lagi?
i just had chilis smlm laa dear...next2 week bleh? or tgu aku meeting kat putraja lg..leh angkut atie skali..mana tau dia nk introduce toyboy dia...hahahahah opsss...
siapalah pengayuh basikal dr terengganu tu..aku wakil kampung main pimpong..hahhahaha.penat naik basikal,baik naik LRT..
Post a Comment