Tuesday, October 18, 2011

Aku nak kahwin...tapi...??



in less than 2 weeks, i ll be starting a new phase of life. di opis, ramai org bertanyakan ape perasaan aku tika dan saat ini.to be frank, aku cuma nk majlis berjalan dgn lancar. until last night, i cudnt get any sleep till 4 in the morning..and mula lah fikiran berterbangan memikirkan bnyk perkara. puas aku pikir2....at last aku rasa, aku lg byk fikir psl the wedding prep. bukan psl persediaan mental utk melangkah ke alam baru.

kalau takat usikan opis mate tu, semuanya berbaur xxx...standard la tu kan. i dont mind. tp smlm baru aku dgn seriusnya berfikir how am i going to face life as a married woman. even sbg tunangan org pon bnyk dugaan. bila bergaduh, isu yg sama timbul..cara pemikiran berbeza. yes i am from venus and he's from mars. itu psl sll berbeda idea dan pendapat. malah minat dan kesukaan juga menyimpang. kalau aku suka western food, dia peminat tom yam goong.kalau aku suka cerita romantik, dia suka cerita aksi. ini baru baru yg aku dpt pastikan dalam tempoh perkenalan dan pertunangan. nnt bila da dah tinggal sebumbung, serumah, sebilik, sekatil....ntah apa lagi ketaksamaan aku dan dia.

satu lagi, dlm bnyk2 soalan bermain dlm otak aku smlm, sudah bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri? kalau org tanya, "dah sedia nak jd pengantin kah?"...... mudah aja jawapan nya. pelamin sudah ditempah, hantaran sudah beli, baju sudah fitting..mak andam sudah booking.

tapi aku sendiri tak tahu samada aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. bila pulang dari kerja, perlu sediakan makan minum suami. atur apa yang dipakai suami. kemas rumah. jadi isteri yang taat pada suami, padahal aku org yg suka rebel.suka sanggah pendapat umum.apa2 berkaitan suami, harus jadi keutamaan bagi aku. melebihi keutamaan aku sendiri.

bagaimana nanti aku pulang dari kerja, terus sediakan makan malam suami? sedang aku juga bekerja, sama penat dgn suami. kalau dia tolong didapur, itu bonus bagi aku.kalau dia tak tolong, boleh aku order sahaja? mcm mana mahu pastikan rumah sentiasa kemas kalau aku sendiri suka sepah barang?

ini belum timbul soal balik raya.28 tahun aku hidup dan setiap pagi raya aku akan cium tangan mama dan abah. bukankah janggal kalau tiba2 pagi raya nanti, aku cium tangan ibu dan bapa mertua pula? malam raya cuma dapat dengar suara mama di telefon.

macam mana mahu jadi isteri yg taat pada suami..sedangkan selama ini pon aku selalu lawan cakap mama abah aku? tiba2 semalam aku jadi takut. macam rasa tak sedia pulak nak kawen. kalau aku bagi tau mama, konpom berguni2 bebelan dia kat aku nanti.


sudahnya, aku terkebil2 tak boleh lelap mata memikirkan soalan2 ni smua. cuma aku ingat, aku pernah tanya pada dia, "do you think i can be a good wife?"

soalan aku dijawab tenang. tapi dijawab dengan soalan juga. dia cuma kata "do you think i can be a good husband?". saat itu aku rasa kami sedang bermain dengan satu permainan. seolah2 dia mencabar tahap keyakinan aku pada kebolehan dia. (itu yang aku fikir pada masa tu)...tapi nyata apa yang dia fikir berbeza. sebab apa?

sebab lepas tu aku jawab, aku tak tahu dimasa depan dia akan jadi suami yang baik atau tidak. tapi aku tahu dan yakin dia akan cuba untuk jadi suami yg baik utk aku. dia akan cuba utk gembirakan dan bahagiakan aku. dia akan cuba segala yang boleh dilakukan utk buat aku gembira. sebab itu aku buka pintu hati untuk dia. sedangkan aku tahu dia org yg bagaimana, tapi aku terima baik dan buruk dia. sebabnya mudah aja, sebab aku yakin dengan keikhlasan dia.

nahh..mudah ajakann...kalau itu yg aku fikirkan, perkara yang sama juga dia pikirkan.kata dia lagi...dia pun tak tahu masalah apa yg kitorg akan hadapi sepanjang alam perkahwinan nnt.tipulah kalau sesuatu perkahwinan tu cuma ada jalan gembire je kan. mesti ada drama dan air mata jugak mcm sinetron indonesia tu (masa ni aku dah tergelak sbb dia mmg suka buat lawak bodoh).tapi cuma satu je dia pesan...apa pun yang jadi, kami berdua kena hadapi sama2. tak boleh seorang tarik diri dari ikatan tu. tak boleh seorang lagi rasa rapuh dan cari tempat berlindung yang lain. tak boleh seorang tuduh seorang yang lagi punca masalah. kalau nama pun masalah, dua2 org kena cari jalan penyelesaian.

masa tu aku rasa aku amat yakin untuk berkahwin. aku amat yakin yg dia akan jadi suami yg baik, sebagaimana dia yakin aku akan jadi isteri yang baik. tapi...tiba2 aku terpikir pula, boleh kah aku jadi ibu yang baik nanti? haishhhhhhh....bab tu, terus aku hilang dalam mimpi....zzzzzz

p/s: dalam tidur aku mimpikan dia. org kecintaan aku.

1 tukang karut:

siti azizah Sang Pencinta said...

Salam ziarah.. terpaut pada tulisan saudari. Tidak jauh beza dgn diri saya 5 tahun dulu bila nak membuat keputusan berkahwin. Tapi yg pasti jgn takut utk berkahwin. Teruskan niat dan peganglah niat yg baik iaitu kita berumahtangga kerana Allah SWT. Jadi Allah akan bantu kita disetiap langkah kita dlm rumahtangga kelak. Saya doakan saudari bahagia. InsyaAllah.

Template by:
Free Blog Templates