Thursday, December 31, 2009

pejam celik pejam celik..dah nak masuk 2010 kan? ok laa..sure ramai tulis entry pasal ni..so aku pn nak gak entry tahun baru..aku cek last year resolution, ada satu je.. aku tulis yang aku NAK HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERGAS..

hahahaha gelas sama diri sendiri..sbb i gain few pounds dalam masa tahun ni..adekah itu tanda makin sihat cergas atau tanda makin gemuk? lu pikir laa sendiri nabil !! *ayat perli kat diri sendiri* heheheh.. ok laa to find out that was the only new year resolution untuk 2009, and obviously i didnt manage to fulfill it..so we carry it forward to 2010..alaa kalau annual leave leh carry fwd, takkan azam tak leh beb?

so starting this monday, aku takkan drive lagi pergi kerja..aku akan jd pengguna tren yang setia..dengan berjalan (jarak opis aku ke tren dang wangi dalam 15minit walk)..so klu sehari dah 30 minit..ok latuuu kan? tapi..(opss ade tapi plak), klu aku kena g meeting kat memana, esp putrajaya, ok kos le aku terpaksa drive..so ade exception distu yaaa

wat else ek? owh yaa 2009 hase been a wonderful year..few major things happen in my life in 2009..

1. aku ceased practice..this was uge thing cos i never imagine myself being an in house counsel..ermm atleast tak seawal ni laa..hehehe

ade laa lagi yng lain2..which i dont think i wanna share it here cos im a very private person...aku segan sikit kongsi rahsia aku ngn org except ngn member2 baik aku laa kan..pemalu pun ade gak..auw auwwwwwwwwwww...geli i dgr u...hhahahah

ok laa..so apa plak resolusi tahun 2010 aku ni?

1. nak turun 20kg...serious tak tipu..i really need to shed off that much..sigh
2. nak membeli teratak buruk dgn duit sendiri
3. taknak beli perfume dah next year..im a fragrance freak...aku ske kumpul perfume..currently aku ade 9 botol perfume kat atas meja tu, and each bottle tak sampai half pon..hahahah...
4.nak simpan rambut panjang sampai pinggang pastu nak buat feel ala2 kim kardashian...haahha perasan gila nih..*blame eva sbb dia yg influence saya*
5.nak simpan 6k untuk tabungan pergi umrah..insyaallah
6.nak beli dslr

ok latu..5 je cukup laa kan..tamak plak nk lebih2..ok laa kawan..saya nak pergi jj jap..nak cari barang sikit untuk melaksanakan misi yang pertama!!!

Wednesday, December 30, 2009

RAWATAN TOMATO!!!

aku cuti hari ni..esok pun cuti..lusa pun cuti..hahaha seronoknya..dunia ini mcm ana yang punya..

so alang2 dah cuti ni, aku terajin laa palk n pagi tadi bangun awal..smlm pegi pasar malam..beli tomato kecik2 tu bnyk gila..tapi aku tak suka mkn tomato pun..hihih..so pagi ni..aku mendapat idea untuk membuat DIY treatment..

dimulakan dengan mask tomato..ohhh i like it so much,,kulit muka jadi lembut giler..auw auw,,tetiba aku jadi feminin plak..wakakkakaka...sumpah tak percaya dgn diri sendiri..

pastu buat diy hair treatment..menggunakan tomato gak n few drop of olive oil..ahhh rambut saya jd caaaaannnnnntik bangat sekarang...dan selepas ini,saunaaaaaaaaaaaaa!!a!

yupp..umah aku ade sauna..hihih.i bought last year..memang berbaloi..for RM 350, aku bleh bersauna kat rumah sambil tengok tv..i likeeeeeeeeeeeee...jimat pon jimat..

AZAM LAMA TAHUN BARU..

seperti tahun2 yang lalu..saya berazam untuk mengurangkan bahagian2 yang terlebih..hahah.. seorang rakan saya telah memberi satu artikel yang saya rasa agak menarik untuk dikongsi bersama..

selepas membaca artikel ini, anda jgn heran sekiranya ternampak saya menikmati coklat yang berharga ratusan ringgit.. ataupun saya boleh aplikasikan prinsip wanita perancis yg makan secara berkualiti dalam aspek membeli handbag?

Rahsia wanita Jepun ramping PDF Print E-mail
Written by 3K Administrator
Monday, 17 August 2009 12:00
TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil.

Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.

Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.
Sumber : MyMetro
Last Updated ( Monday, 17 August 2009 12:03 )

Sunday, December 27, 2009

ceritanya begini...

TYPICAL LAWYER?

seorang kenalan yang baru saya kenal secara kebetulan..pada mulanya beliau ok sahaja..namun satu hari beliau dapat tahu pekerjaan saya ..beliau dapat tahu yang saya ni dahulunya seorang peguam jenayah..saya membela orang yang dituduh membunuh, dituduh mencuri dan merogol. sejak itu, pandangan beliau terhadap saya mula berubah..kalau dahulu, tiap kali saya mengajukan pendapat saya, ataupun tidak bersetuju dgn pendapat beliau, dia katakan saya punya pemikiran yang matang..tidak terikut dgn pendirian org..juga saya merupakan orang yang tegas..punya pendirian tersendiri terhadap setiap perkara

beliau kenal saya bila saya tidak lagi mengendali kes2 jenayah..beliau kenal saya bila saya sudah ceburi dunia ala2 korporat..yang mana setiap patah kata harus dihalusi..walau punya pendirian sendiri, namun periuk nasi harus dijaga,,namun saya tetap orang yang sama..kalau pada fikiran saya ianya tak wajar, maka ianya tetap tak wajar dan saya harus utarakan,..

setelah tahu bidang kerja saya yang dahulu, kenalan saya ini mula berubah pandangan..setiap kali saya mengajukan pertanyaan, ataupun terpaksa memilih untuk tidak bersetuju dengan beliau, cepat sahaja ayat ini dilontarkan..

"typical lawyer, always wants to argue"

saya tidak tahu bagaimanakah typical lawyer itu..sedang dalam bidang kerja saya dahulu, kami di mahkamah bertanya soalan dan kadangkala berselisih pendapat untuk mendapatkan kebenaran.. konsep one answer lead to another memang sangat diguna pakai di mahkamah jenayah..org tua2 pun sll menatayakan, malu bertanya sesat jalan.. mungkin amalan kerja saya yang asyik bertanya demi mendapat kepastian telah terkesan pada karakter saya dalam menjalani amalan idup yang biasa..mungkin ada yang tidak suka, saya pohon maaf..itu cuma diri saya..

untuk menjadi seseorang yang bukan diri saya..maka itu bukan saya..

secara jujur saya katakan...saya tidak pernah berbangga dengan kerjaya saya..pada saya, setiap pekerjaan itu ada kebanggaan masing2..jadi kenapa perlu dikecam seseorang yang bertanya lantaran frasa typical lawyer sering menjadi senjata?

selalu sahaja kita dgr, org kata, to trust a lawyer is the last thing tht he ll do..

atau pun.lawyer is liar..

yang paling teruk adalah...peguam ni tempat nya di neraka..

nauzubillah..mungkin org yang berpendapat begitu jahil tentang hadis..saya juga bukan bijak pandai bab2 agama..tapi sekurang2nya saya tahu ada hadis yang mengatakan bahawa, seorang yang menghakimi itu, apabila dia membuat keputusan yang salah dan dia tahu keputusannya itu salah..maka dia akan mendapat dosa..tapi sekiranya dia telah membuat keputusan yang salah tanpa tahu kekhilafannya itu, maka 1 pahala untuk dirinya..dan sekiranya dia membuat keputusan yg betul, maka 2 pahala untuk dirinya..

mantiknya mudah sahaja disini, yang penting adalah nawaitu..saya masih ingat lagi lidah saya terbelit ketika cuba menghafal maxim ini dalam kelas criminal law beberapa tahun yang lalu..
'Actus reus non facit reum nisi mens sit rea' yang bermaksud, an act without guilty mind is not an offence..

kepada beliau yang suka mengecam peguam jenayah seperti saya..mungkin satu hari nanti anda perlu kan khidmat peguam jenayah..saya tak katakan anda bakal buat jenayah..tapi kemungkinan untuk dituduh itu ada bukan? opsss...jgn kecam saya dulu!!

sila baca semula perkataan yang saya guna..."DITUDUH" itu maksudnya belum dibuktikan lagi..ahh tak mengapalah..mungkin agak sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami konsep innocent until proven guilty..saya tak salahkan pihak tersebut..mungkin (sekali lagi perkataan mungkin) dinegara ini konsep tersbeut kurang popular..amalan pemerintah barangkali...

frasa typical lawyer itu mungkin kedengaran jenaka sahaja ditelinga sesetengah pihak..tapi andaikata di ulang2 secara sinikal, mat kool pun boleh jadi panas...cuba gantikan dgn frasa..typical doctor?

doctor yang berhempas pulas berbelas jam dibilik pembedahan, akhirannya pesakit meninggal dunia..doctor pula disalahkan oleh ahli keluarga pesakit..akhirannya..frasa typical doctor dilemparkan.."ahh typical doctor, memang cuai!"...tak ke berapi doctor yang cool dan berhati mulia tu kalau dia dgr kata2 nista mcm tu? sama juga lah dgn peguam yg acapkali disindir dgn frasa itu

kadang2 saya hanya tergelak sahaja apabila kenalan tersebut memerli meggunakan frasa typical lawyer..

pernah saya sekali sahaja saya jawab.."how typical is typical?"

lantas beliau terdiam hingga ke hari ini...

Wednesday, December 23, 2009

rasa seperti mahu menangis mendengarkan kata2 anda..anda mesti bahagia dengan jalan yang anda pilih..anda jangan risau, saya doakan anda terus terusan tersenyum

Tuesday, December 22, 2009

BUKAN ORANG JAHAT

saya mahu jadi orang yg baik..
bukan orang jahat..
bukan orang yang tak kenang budi..
pendek kata, raidah salwa adalah orang baik!!

selamat malam..

MRS. NASEEM

selamat pengantin baru naseem!!!!

Monday, December 21, 2009

henpon adelah tertinggal kat opis...cam mana nak bgn pagi esok nih.????????????
uwaaaaaaaaaaaaaa

Friday, December 18, 2009

hahahahah..aku mahu gelak sahaja!!!

okeh, adalah tidak sopan ank dara yang manis macam aku gelak berbunyi hahahah..

jadi aku tukar gaya gelak sebentar....hihihihih
yaaa..sedikit lebih sopan kedengaran..gelak hihihih disulami dgn perbuatan ku menutup mulut dgn tgn dan duduk bersimpuh..
wah...sudah boleh masuk calon cari menantu..
dan sekali lagi...hihihihihi...
owhh kali ini bukan gelak ya..tetapi aku tertawa kecil..yaa tertawa bunyinya lebih sopan dari gelak..

dan aku memandang ke langit..
mana bintang?
mungking bintang sedang tidur..
usah diganggu bintang yang sedang lena diulit mimpi
tapi aku dapat lihat bulan sedang tersenyum..
dan hati kecil aku terusik melihatkan keikhlasan dalam senyuman itu
aku tunduk, dan membalas senyuman bulan..

kalau lah bulan juga dapat tahu yang aku sedang membalas senyumannya?
owhh..mana mungkin, aku kan seorang anak dara pemalu yg tak mampu memandang bulan sambil tersenyum..

harapanku moga bulan tahu yg aku juga sedang membalas senyumannya..

kasihan sama bintang..akibat keterlenaan pnjang, bintang kerugian besar malam ini.
bintang rugi sebab tak dapat lihat senyuman bulan..tapi , bintang lebih kerugian sebab tak dapat menikmati senyuman aku untuk bulan...

terima kasih bulan..moga malam2 mendatang kamu terus senyum pada aku yaaa...


Wednesday, December 16, 2009

i'll be seeing you

I'll be seeing you
In all the old familiar places
That this heart of mine embraces
All day through

In that small cafe
The park across the way
The children's carousel
The chestnut tree
The wishing well

I'll be seeing you
In every lovely summer's day
In everything that's light and gay
I'll always think of you that way

I'll find you in the morning sun
And when the night is new
I'll be looking at the moon
But I'll be seeing you

Monday, December 14, 2009


aku ada ada di sini..tapi aku seakan hilang
aku ada disini..dan terjumpa barang yang hilang
aku hilang..hilang untuk mencari barang yang hilang

aku terjumpa barang yang hilang..tapi aku tetap disini

aku hanya disini..mengingati barang yang hilang

aku mahu disini..supaya aku tidak hilang
aku tetap disini..supaya barang yang hilang segera pulang

JOKO JR.


maka saya dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya nur mazlina aka joko atas kelahiran putera sulung nya..akid najdi... sekarang anda sudah menjadi mami poko joko
me, joko and doyok
(kawan2 sy mmg namanya pelik2..makanya kamu jgn hairan yaa)

Thursday, December 10, 2009

SEBEGITU KOSONG

yer, mmg rase kosong..padahal bnyk benda dlm otak aku..tp aku rase penat..penat dgn benda2..penat dgn orang2..dengan benda2, aku tak berapa kisah sgt..sbb benda adalah tak bernyawa..tapi dengan orang2, adalah sgt meletihkan..

knapa susah sgt nk puaskan hati org?well i have tried..maybe aku tak cuba sebaik mungkin..tapi sekurang kurangnya aku cuba..

juga penat dgn perangai manusia yang berhasad dengki..susah sangat ke utk bersyukur dgn pemberian yang allah dah bagi? kalau hari ni aku dpt lebih. esok mungkin aku dapat kurang..jadi kenapa perlu berdengki?

kenapa perlu nak marah tak tentu hala? ppl around u do not deserve tht kind of treatment..ur silence create uneasiness and negative atmosphere .. kalau marah pd org..ckp yg kamu marah dia..dont just simply spread ur anger to those yg takde kena mengena..

dah lama aku tak emo mcm ni..all thias while aku tahan je..tapi kesabaran manusia ade batas nye kan?sekali sudah dulu aku dah maafkan..though i wasnt the defaulting party..tapi ko buat lagi perangai mcm tu..aku ni mmg macam ni..easy to forgive but not forget..ok nk kata aku ni pendendam ? then so be it...

Tuesday, December 8, 2009

LAST NIGHT

something reaallllllyyyyyyyy good happened last night..still smiling *winkwink*....

okie laa...sudah2 laa pasal last last nite..tadi i had meeting with AG n rep from azmi&assoc. asni was there for azmi...atie was there too for AG..bersama bos2 kami..hehehe..tiba2 saya adelah terasa kami bertiga seperti kanak2 riang yang ber reunion masa mkn..dan asni adelah comel sebab membawa bag yg ade brg2 baby..dan asni adelah didapati comel kerana percubaan beliau untuk balik bersama saya adelah tidak berjaya..makanya, asni terpaksa pulang langsung ke kantor bersama bos nya..hahahah*sayagelakjahatbersamabossayadisitu*...atie pula sememangnya tidak boleh diselamatkan kerana opis beliau adelah disitu..hehehe

lepas meeting, aku balik rumah tersu..no lencong2 this time.sebab merasa kepala adelah pusing dan badan sebenarnya adelah tidak sihat. tiba dirumah saya ketiduran dari jam 5 hingga ke lima belas minit hampir delapan...

bangun sahaja, saya merasakan panas yang amat bangat.demam makin teruk..mahu pergi klinik adelah malas..tiada sesiapa dirumah sepanjang minggu ini...kalau pergi klinik, konpem saya diberi mc..tapi esok perlu kerja...sudah 2 hari tidak masuk opis..semalam saya cuti..hari ini seharian di putrajaya...tentunya kerja sudah berbakul2 banyak nyaa...makanya saya perlu kerja...sekarang saya mahu tidur semula.

harap maaf, ini adalah entry merapu . *(*^&*%^^$%#$%&*%... saya masih lagi dibawah pengaruh ubat dan minda masih bercelaru. selamat malam!!!a

Thursday, December 3, 2009

PICTURE OF THE YEAR

hari ni opis aku ade wat photography session..so ni dept aku..kecik aje kan?? ni gambo dr hp..yg dr profesional fotografer lum dapek lagi...mmg terbahak2 laa..though there are only 3 of us...tp diorg cakap paling susah nak handle...hahah dgn aku yg dikatakan terlalu beraksi..bos aku plak rambut dia bermasaalah..yg kak izah plak..asik takmo senyum..adoiyaiii..mcm2 betulll


me, ms. anita n kak izah

moi and lady boss

Wednesday, December 2, 2009

FARREN EVA

just to cheer you up..i hope this simple entry will make your day..

Sunday, November 29, 2009

EID 2009

raya posa ari tu kitorg tak amek gambo family, sbb my sis in law dlm pantang..so raya haji laa br amek gambo..dgn aku nye tak siap iron baju...last2 aku rembat jubah jerr..hahaha all black!ala2 smngat raya haji laa kekonon kannn..

so, it's monday already..how i wished its still sunday

ini lerr famili sayerr


with both sis in laws

ma familia

Thursday, November 26, 2009




ok2..in less than 10 days, aku telah membeli barang2 ni..cubit2 pipi sendiri seplo kali!!!!!..apahal membazir duit neh salwa oiiiiii!!!!

tapi aku nk justify gak bleh tak..hahah

ok the netbook, aku bli utk kegunaan kerja..

the beat, aku bli kat airport..the price is slightly cheaper than counter

can can dance-jlo, aku bli sebab nk guna voucher yg kompeni bg n i just top up few ringgit je.....

ok dah justify kan?(sambil korek2 tabung gajah aku)

owh yaaa.... SALAM AIDIL ADHA kepada semua

Tuesday, November 24, 2009

BASIKAL KEHIDUPAN

tajuk entry adalah poyo okeh!!!!

but that is the reality in life.

aku ibaratkan kehidupan macam kayuh basikal. kalau penat, berhentilah..jangan paksa diri. tapi once dah behenti, jangan terus terusan berhenti, perlu ingat yang perjalanan masih panjang..orang lain dh ke depan..kita masih di belakang.

jadi kita pun meneruskan kayuhan..utk sama bersaing dgn rakan2 yg dah kehadapan...tapi, tiba2 rasa penat tu datang lagi. dan tak salah untuk berhenti. mungkin kita salahkan basikal kita yang tak secanggih mereka yang mendahului. sebab tak semua orang mampu untuk beli basikal yang mahal2..

atau mungkin, basikal kita memang canggih mcm mereka yg didepan, tapi kita sendiri yang tak tahu nak gunakan kecanggihan basikal tersebut, dan hnya pandai menyalahkan basikal sahaja..dan kadang2 perlu kita ingat, kalau kita hanya pandai mencari salah org lain, tanpa menilai diri sendiri, tak mustahil satu hari nanti si capik yang berkaki palsu mampu untuk memintas basikal yang sedang kita kayuh.

kita sedang asyik mengayuh basikal kehidupan, lantas terfikir yng kayuhan ini adalah sia2 sahaja kerana selaju mana mengayuh basikl, garisan penamatnya masih belum kelihatan..entahkn wujud entahkan tidak, garisan penamat itu..lalu menyesali.." ahhh sia2 shaja aku bazirkan tenaga mengayuh basikal ini sedangkan mana satu destinasi pun aku tak pasti"

tapi kita lupa, mana mungkin kayuhan tersbut adalah sia2 belaka? kalau dari hari pertama bermula mengayuh basikal, berat badan adalah 80kg..cuba timbang beratnya diketika kita merasakan sesalan mengayuh yg sia2 itu..tentu beratnya dah berkurang menjadi 50kg mungkin?

adapun basikal kehidupan setiap orang takkan menjadi sia2..setiap kayuhan membawa seribu makna..sedang mengayuh basikal kehidupan, mata menyaksikan banyak perkara..seorang nenek tua sedang duduk disatu sudut menadah tangan utk menagih simpati orang ramai...dalam hati tertanya tanya, kemana pergi anak dan waris nenek ini? mengapa tiada yang peduli nasib malangnya? dan dalamhati juga telah berazam untuk tidak menghalal kan emak jadi seperti nenek ini..

cerita tentang basikal kehidupan memang tidak berkesudahan..andai waktunya telah tiba, basikal akan rapuh..mungkin terbelah dua..mungkin juga kaki tak bisa lagi mengayuh..maka disaat itu, terhentilah kayuhan..

mungkin,
disitu adalah destinasi basikal kehidupan

nota kaki;-
entry ini ditujukan khas utk pengayuh basikal dari terengganu..dgn pesanan ikhlas, teruskan berjayuh..jgn mudah bosan...jgn cepat putus asa

Tuesday, November 17, 2009

KERJA KOSONG!!!!


anyone interested to join this company as in-house counsel?

requirements-
  • You need to have a Bachelor's degree in Law with at least 4-5 years of working experience, ideally with exposure to the land matter;
  • You should have sound commercial skills with strong corporate a experience;
  • litigation experience is an added advantage
You must possess strong negotiation, strong drafting, communication and interpersonal skills;
  • muka mesti hensem macam hans isaac

sapa2 minat sila call atau email saya salwaredzuan@yahoo.com or raidah@paab.my

sebenanya kawan bos aku yg mintak tlg kat bos aku..bos aku plak dh tahap2 manager yg 10 yrs experience..so among her frens sure dah tahap2 otai camtu..so im doing this favour for her fren.


apsal aku tak apply????

hahaha..gila ke apa aku nak apply..kat kompeni yg aku kerja now ni pon aku tgh bertatih2 lagi baru nak belajar buat corporate..ada hati mau loncat2?hahahaah..lagipon for your information guys, i was from litigation based and also criminal..when i joined this company, i have zero knowledge on corporate things..but still, they give me an opportunity to learn and start anew.. i should be thankful and jgn jadi kacang lupakan kulit..btol tak????

Hi all..it has been quite sometime since I last posted an entry here..i was too occupied with works and rehearsal for the performance. Anyhoot, the trip to karambunai was superb..of course there were loops here and there..but after all it’s FOC!!! So whatever minor things yang tak best tu, pejam mata seblah je laa..


Pics takde sgt cos I was too tired to hold a camera (poodah menipu gilerr nihh)..ape benda nak cerita lagi ek? Ntah laa..tak berapa nak excited sgt cos I hv been there before..so just nak pergi semula n mengingat kenangan lama aje lahhhh…

The only thing yang aku cam terkilan skit sebab mase kat Filipino bazaar tu, it was raining and they only gave us one hour to finish off our moolah and picking the right pearls for the loved ones.. im not a fan of pearl though..i don’t really fancy jewelry. I just bought ring for my sis in law and bracelets for my nieces and mom. Owhh back to the thing yang aku terkilan tu, was becos aku tak sempat nak melantak seafood kat belakang bazaar tu..

Last time I went to kk, pedot bwk aku g mkn seafood kat blakang bazaar tu n they were really fresh..tetiba aku telan air liur teringat umbai yang sedap gila…cissssssss...mmg terkilan laa nk mkn benda tu!!!! Time tu ujan agak lebat jugak…so we all kinda trapped dlm bazaar tu cos if we went outside, sure basah lenjun kan? And our hotel is quite far from the town..it took about one hour bus ride for us to reach kk..so mmg tak kesampaian laa nak g bazaar tu balik sbb nak makan umbai kannnnnn..urgghhhhhh tensi biler teringatkan umbai nehhh

Aku blanja tak smp 200 pon..hahaha..bukan kedeks but nothing to buy there…maybe sbb tak melilau kat town so tatau ape nk diborongkan..abis2 pon aku beli ikan masin je masa pergi pasar tamu kat tuaran..pastu masa balik kat airport tu aku tgk ade plak perfume burberry the beat yg mmg aku nk beli..n the price is cheaper. So aku pon rembat laa satu..heheh..

Sampai arini penat tak ilang lagi..dah laa muka itam melekat plak..adoii..ni smua gara2 team building tepi pantai tu..main belon tgh2 panas terik tu..sah2 aku jd dayang senandung dlm dua minggu nihhh..

Neways, what a story without a picture right? Enjoy the pic yg tak seberapa ni..(as I said before..aku letih gaban sampai tak larat nk pegang camera…wkakakak keji)









Thursday, November 12, 2009

ZAPIN

S.O.S

aku memerlukan bantuan segera nih..sapa tau kat mana aku boleh dapatkan minus one or mtv karaoke lagu ZAPIN USIK MENGUSIK by kumpulan senario? aku dah try cari kat semua kedai cd mmg dah tak de stok kate nyerr...plissssssss.. i need help!!! friday morning dah nk g sabah dah..mana sempat nak cari lagi!!!!

Wednesday, November 4, 2009

next week opis aku ade annual trip. this year pergi KK..sonok tu mmg laa sonok..for once, boleh laa nk stop pk pasal kerja. tapi nak tak nak, skang ni kena fikir pulak pasal performance. kitrog kena buat group performance daaaa...aduiyaiiii..amende laa nk dipersembahkan nihhhhhhhh..aku plak dh kering kontang je idea.

group aku ade 6 org. 3 lelaki, 3 pompuan. diorang allocate time for each group adelah 10 minit.

nak berdikir barat, aku dgr2 group lagi satu dah plan buat.. nak menyanyi ke? alahaii pitching ke laut..aku bg cadangan kat team aku td suh buat sketsa..tp prob nye nk kena buat skrip pulokkk..dh satu hal mehhhhh..lagi pun kalau buat sketsa, nak wat cerita pasal ape ehhh???

TOLONGGGGG laa bg idea kat aku yg dah ketandusan kasihsayang idea nehhhh..uwaaaaaaa...group yang menang dapat RM 200 sorang..ok gak tu..bleh shopping2 mutiara sabah..lalalalal..

IDEA ANYONE?

Tuesday, November 3, 2009

HAMID KARZAI

aku tgk2 popular search kat yahoo tadi..tiba2 ade nama hamid karzai.. so he was declared by afgan's election commission, president of Afghanistan for a second term. selepas kontroversi2 pilihanraya and withdrawal of his rival.

Hamid karzai (encem tak?)

tiba aku teringat ustaz hamid jusoh.lecturer aku time kat uia dulu. beliau telah dgn susah payah nye mengajar aku yg sengal ni subject islamic criminal law dan subject evidence & procedures of sharia court.. ni time LLb..

mase dslp plak, dia asyik aim aku aje dlm kelas.. sbb aku soka tido dan menyembang dgn eva..hehehe..tau laa ustaz minat nak buat saya jd menantu..kan..kan..kan? hihih sebnanye ustaz hamid jusoh ni jiran 40 pintu aku merangkap geng surau abah aku..

eh, tetiba mcm dah lari topik laa plak..ok laa..i nak tido..cau cin cauuuuuu


Monday, November 2, 2009

SALAH FAHAM

pasal entry semalam, ada sedikit salah paham..aku sebenanye didaftaraikan sebagai peguambela & peguamcara mahkamah tinggi malaya pada 1 november 2007. iaitu 2 tahun yang lepas. seniority seseorang peguam tu kebiasaannya dirujuk kepada tarikh long call beliau. macam aku ni..masih hijau lagi laa..baru 2 tahun beb..heheh..

dan utk makluman anda semua, saya sudah pun menggantung lesen guaman saya. saya sudah ceased practice 3 bulan yang lalu. dan kini saya menimba pengalaman sebagai in-house lawyer pulak. bermakna saya sudah tidak pergi ke mahkamah lagi yer..

makanya semalam tu adalah satu entry khas bagi memperingati peristiwa 2 tahun yang lalu, yang sampai mati pun saya takkan lupa. macam doktor laa..diorg pun ade oath ceremony diorg..tak salah aku masa oath ceremony tu, diorg akan baca hippocratic oath.. aku pun tak berapa tau sgt, ini pun dgr kawan aku yg merupakan seorang doktor tu bercerita kat aku dulu..kalau maklumat ni salah, tlg betulkan yaaaa

walaubagaimanapun (skemanyerrr penggunaan perkataan ni), aku rase terharu dan berterima kasih pada semua yg komen kat entry tu sambil mengucapkan tahniah..hihihih..sekian, terima kasih

Sunday, November 1, 2009


1 November 2007
10.28 am
Mahkamah Tinggi (RKK1)
Kompleks Mahkamah Jalan Duta

"Cik Raidah Salwa Binti Mat Redzuan, dengan segala kuasa yang ada pada saya, saya dengan ini perintahkan agar kamu diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya"

I can forget my birthday but not my call to Bar date!

1st November 2007. the day when Yang Arif Puan Lau Bee Lan proudly announced my enrollment as an Advocate and Solicitor of the High COurt of Malaya.

i cant describe the overjoyed feeling on that day but let the pictures speak for it.


sebelum dijubahkan..rase nervous macam nak menikah..hihihihihmama ngn abah yang nervous jugak!!!mama siap tny, "kalau mama nangis nanti macam mana?" and i answered, "kalau mama nangis, mcm mana mama nak tgk org kena robe dgn jelas..mata mama sure tak nampak sbb nangis" hihihih
selepas dijubahkan, with mama and abah...tp kenapa abah salam tangan aku mcm salam korporat aje?kompius kejapppp

yang ini adalah GURU aku.. mr selvam shanmugam.. bnyk aku belajar dr beliau..and dia sangat cool okehhhh!!! u really rock sir!!
yang ni plak, kak fatimah, GURU and mr saha..kak fatimah ni admin assistant kat firm lama aku dan she is so funny..hihih ..mr saha pulak, adalah mover aku pada hari yang berbahagia tersebut..
kawan2 yang sekali di jubahkan masa hari tu..ini sebahagian saja..yg lain tgh melantak berebut makanan..hahhahahpuan liza (kiri) dan puan rini (kanan)..both are my jimbengs since our matric days..smp laa ke ber 'dock brief' bersama2..and now both of the have joined judiciary..aku aje yg suka melawan perintah..hihihih
masa nak blk, terserempak pulak dgn min, yah and kinah.diorang baru nak file kan borang long call depa..dan kami sempat menjoyah didepan mahkamah
aku yang poyo nak bergamba dekat signage parking ni sbb masa tgh chambering aku tak leh parking kat sini sbb aku blm jadi peguam lagi (tapi aku parking je..hahahah)
sangat ceria kan? menandakan aku yang sangat gumbire dan sampai kembang2 idung aku...and i really missed this place..semoga satu hari nanti aku akan kembali..insyaallahhhh

;;

Template by:
Free Blog Templates