Saturday, January 30, 2010

RM 400k..ahh..bukan mudah.,ahhhh mahu buat open tender, pre Q tender atau turnkey contract? idea gila...!!! kalau pre Q bagus juga..senaraikan sahaja ciri2nya.. takpe2, kalau bukan tahun ini, tahun depan sahajalah..bayi pon tak terus berlari bukan? kena merangkak dan bertatih juga.

ohh besok mama balik bawak cokelat yeayyyyyy...kena drive sorang2 pegi apot. harap2 aku tak sesat...10 ribu kali pergi klia pon, aku tetap akan sesat..walaupun hp ada gps.

oh itu sahaja..nak pergi potong kuku pulak.

Thursday, January 28, 2010

aku nak tulis cerita pasal dalam lrt tadi..masa aku blk aku terserempak dgn member uia aku..nama dia atie..dia sudah kawen..dan kami berbual2.dia ade anak sorang yg sgt comel..dia tunjukkan gambar baby dia kat aku. di akhir perbualan kami, atie menyuruh aku berkahwin cepat.

sekian, terima kasih!

apsal bila aku diet, aku makin gemuk.
adekah aku tak perlu diet?
adekah..adekah?
owhhh esok ade makan2 lagi di opis..
mampus gue!

Ini bukan mimpi

ish...
ishh..

MENGANTUK HOKAY !!!!!!!!!!!

aku kena dera..uwaaaaaaaaaa...mengadap TOR yg engineer2 ni prepare..bikin gue mampus..
tidur adelah nyam dan indah..tak perlu mimpi pon dah sedap!

mamak, tidur kosong satu! kasi kaw kaw punya..gula pun takmau aaa mamak!

Wednesday, January 27, 2010

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/saksi_paling_tadah_disoal_balas.html

time lunch td aku tak g makan..so saja laa nk baca2 skit psl court..ye lah, tempat jatuh lagi kan dikenang..ini kan pula mahkamah tempat aku cari makan dulu..so setelah membaca article diatas, ala2 mcm teringat blk kisah silam masa aku rancak buat kes murder dulu.. masa tu tgh cross ex saksi pendakwaan..

rsr : mcm mana keadaan cahaya pada malam pembunuhan tersebut?
saksi : malam tu sangat gelap.
rsr : lampu jalan ada?
saksi : lampu jalan rosak dari dulu lagi.kami dah repot, tp tade pembaikan juga
rsr : ape yang awak nampak?
saksi : saya nampak ade jelas juga.. itu orang (sambil tunjuk pd anak guam aku) ambil parang besar ini macam (sambil buat gaya) dan itu lepas, dia tetak mangsa tepat didahi mangsa..darah mengalir mcm air sungai saya nmpk juge.

(time ni aku dh nak gelak..kau hengat ini cerita hindustan ke bai?)

rsr :masa tu kamu berdir dekat mana?
saksi: saya ade jauh juga. lebih kurang 100meter dr tmpt mangsa ditetak
rsr :awak tahu 100m tu jarak dia mcm mana?
saksi: saya skolah juge..mesti mau tau..
rsr : walau dari jarak sejauh 100m, dan malam yg gelap tanpa apa2 lampu, masih boleh nmpk jelas?
saksi : saya yakin mata jelas juga ada
rsr : sejak bila pakai cermin mata 9saksi seorang yg berkaca mata)
saksi: dari kici juga ada..umur ada kurang lebih 9 tahun.
rsr : power spek ok ke?
saksi: bnyk tinggi ade..astig 300 lebih juga
rsr : malam tu, awak pakai spek atau tidak?
saksi:sudah mlm juga..siapa pakai spek mau tidur lagi

(mampos kau saksi..aku pon astig hokay...100 meter tu jauh! kalau kau astig tahap 300, jgn harap mau nmpk muka org kalau tak pakai spek..tgh mlm pukul 2 pagi pulak tu hokay)

Selamat ulang tahun


genap setahun sudah..dan umurnya meningkat lagi..untuk awak yang berada nun jauh di negara matahari terbit itu, saya titipkan ucapan selamat hari jadi..dan ikhlas dari hati.. dan saya ini. masih tidak punya jawapan itu. hidup baik2 ya.

January 26, 2010

Tuesday, January 26, 2010

Bantal dan peluk

TOR, quotation dan tender. buat mata aku mahu terkatup. buat pijar otak aku.mengantuk.

Senyum dalam hati

kalau dulu masa di smapk.. surat menyurat antara pelajar lelaki dan perempuan adalah dilarang. zaman sekarang, pasangan bercinta sudah tidak pakai surat. hanya sms sahaja. jimat masa, dan tak perlu reka ayat bunga2. lebih efisyen dan bisa dapat respon serta merta.

apa yang orang tak tahu, perasaan dapat surat cinta berbeza dgn sms. kalau tak percaya, cubalah sendiri. kalau di sekolah dulu, setiap pagi saya akan cek personal locker saya di kelas. sambil tersenyum, akan balik ke meja dan membuka lipatan surat. kadang2 surat dilipat ikut bentuk hati..kadang2 berbentuk tiga segi..kalau dia malas, masuk sahaja dalam sampul wangi. kadang2 surat itu disertakan bersama dgn lollipop strawbery dan bukan coklat mahal. alasan kukuhnya, saya mmg tidak suka makan coklat tapi saya tetap gemuk hahaha.

antara surat dan sms, mana pilihan anda? saya memilih surat. saya tidak kisah dikatakan kolot, kerana itu memang saya. mana ade org cium handphone sebelum tdo kan? kalau cium surat, itu mungkin ada..hahahah

dan hari ini saya dapat satu surat yang bukan surat cinta, tapi buat saya senyum dalam hati.. terima kasih tuhan.

hidangan tengah malam untuk tetamu bernama yasmin. dan dia masih terliur hingga ke saat ini.

untuk sahabatku yasmin,
megi cendawan dan kubis kicap lebih enak kalau dimakan bersama lelaki bijak yang tak memperkecilkan kebodohan aku..

tapi yasmin tetap mau makan megi cendawan dan kubis kicap bersama dia yang suka berfikir dan mengkaji.

hidup ini pelik kan min? apalah sedapnya megi cendawan dan kubis kicap aku tu? walaupun dimakan bersama dia yang suka berfikir dan mengkaji

Monday, January 25, 2010

Untuk hari ini

hari ini macam panjang. sepanjang mana pun hari itu, pasti akan berakhir. macam hidup, pasti diakhiri dgn kematian. hari ini aku sudah berjaya melangsaikan hutang tender2 yang sangkut. siap la kau ranhill!

dan terima kasih tuhan, beri aku hidup untuk hari ini.

lagi beberapa hari, mama dan abah balik. lama tak dgr suara mama membebel dicorong telefon. rindu pula sama mama.

sudah, aku mahu pulang ke tempat asalku.

;;

Template by:
Free Blog Templates