Tuesday, September 29, 2009

SAYA SEORANG LEBAH


CHAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!

he he he... saya tiada masa ber-fb. tiada masa mengintai blog rakan2. tiada masa juga membaca email. kerana saya sedang mentransformasikan diri saya menjadi seorang lebah yang sibuk bekerja. selepas seminggu bercuti raya, kerja saya pun berbalang-balang..dah macam balang kuih raya. anda bagaimana?

kadang2 saya terfikir, mengapa mat saleh mengatakan as busy as bee? kenapa mesti lebah? semut tidak sibuk kah? adakah semut hanya berduduk diam sahaja? bagaimana pula dengan tikus? setahu saya, tikus juga sangat sibuk dan rajin..pergilah ke dapur2 di kampung baru kalau mahu berjumpa dengan tikus yang sibuk bebekrja..ada yang comel, ada yang kelabu dan ada yang besar macam kucing!

sekian sahaja cerita saya seorang lebah yang comel pada hari ini.semoha anda semua terhibur. saya akan kembali lagi di episod yang akan data dgn kisah terbaru iaitu MAHU BIKIN FILEM. tata!

Sunday, September 27, 2009

hari ini jalan raya sesak dari semua arah. tapi cuba anda ke jalan ampang, jalan yap kwan seng dan seangkatan dengannya, rasa macam nak guling2 sahaja atas jalan sebab kereta yang lalu lalang boleh dibilang dengan jari sahaja. saya tak ke mana2 hari ini.hanya duduk di rumah sahaja. maaf kawan2. saya terpaksa menolak undangan rumah terbuka anda. hari ini saya sudah berjanji pada diri saya untuk menyiapkan slide tentang overview of the construction law.

construction law memang satu perkara asing dalam diri saya. kalau anda tanya saya tentang kanun acara jenayah, tentang akta dadah berbahaya, penal code atau prosedur reman, sedikit sebanayk saya boleh bantu. tapi kalau tentang construction law, rasanya, saya yang perlukan bantuan anda semua.

seharian ini, saya bergelumang sahaja dengan bahan2 ini, aturcara kontrak dan taksiran (uzairi haji saidin), the malaysian pwd form of construction contract (lim chong fong), drafting commercial agreements (richard christou) dan beberapa bahan bacaan ringkas tentang standard operating procedure.dulu ade bf engineer, boleh laa tanya dia..sekarang dah takde..adusssss

owh yaa.. selamat bekerja kepada anda semua.








GENAP SETAHUN

sudah genap setahun pemergiannya. tadi aku kemas2 file masa aku mengajar dulu. and aku ternampak test paper arwah ullah..student aku. masih lagi aku simpan sebab tak tahu nak pulangkan pada siapa. tetiba aku rasa syahdu pulak pagi2 ni teringatkan arwah zumratullah.

dulu aku pernah tulis pasal ni.click here


MJ JORDAN

just a quick one..

dear mr. MJ,
MJ, i know you are reading this..after our long discussion on various issues and topics last night, my best pick wud be abraham licoln and karl max. and the funniest wud be when you mentioned about what u did during the basketball training 10 years back..about what i did and my intention everytime i passed by the corridor in front of ur class, let it remain secret k..malu sehhh orgt tau) hhahahah i also think thts very cute and brave of you to have confessed that.. and now i am looking at the picture of our training session and the aftermath impact. (yer yer i looked like anak org asli yg hitam legam whereas u, are still being the exhibitionist) hahaha as what u claim u are now..andy lau kan?

ermm i have confession too..but i wont spread it here.. will talk about it ok MJ..

CUBAAN PERTAMA

hari ini saya bertekad mahu jadi budak baik. saya tak mahu main2 lagi. saya mahu fokus. hidup mesti diteruskan. cita2 pantas dikejarin. cita2 saya hari ini adalah untuk menghabiskan 'slide' tentang 'construction law'.

iye..iye!!

saya tahu..saya tahu!

saya sangat formal bukan? saya sedang memperbaiki bahasa penulisan saya (dan saya tahu encik kerol sedang mengambil pen merah untuk menanda dan memberi markah heheheheh) . saya mahu jadi penulis baik..walau bukan penulis yang hebat, tapi cukup sekadar penulis yang tahu menulis. bukan tahu merapu sahaja!

blog saya tidak ada tema bukan? maksud saya bukan macam sesetengah blog lain. ada yang 'review' tentang fesyen, ada blog yang menjurus kepada politik. tapi dalam blog ini, saya menulis secara bebas. apa sahaja yang terlintas di fikiran saya, tentang dunia saya, tentang jiwa saya...dan tentang kisah klasik saya. saya tidak mahu tetapkan apa2 tema untuk blog saya, kerana nanti penulisan saya akan jadi jumud. tambahan pula saya ini orangnya jenis yang mudah bosan. seperti contoh, sekarang ini saya sudah mula bosan bermain farmville, and i need to find a new excitement..heheheh..

berkenaan dengan sifat saya yang cepat jemu dan bosan terhadap sesuatu, seorang rakan bijaksana saya pernah bertanyakan kalau sudah kahwin, adakah saya akan bosan dengan suami saya lantas mencari yang baru?

saya katakan pada dia, walau saya ada sifat yang mudah bosan dan jemu terhadap sesuatu, tapi saya belum gila lagi. gila2 mungkin ya, tapi bukan gila. selepas itu, saya menambah lagi

" kalau aku bosan tgk muka dia, aku pakai laa spek mata hitam..nanti aku akan nampak dia sebagai orang hitam pulak. so aku tak jadi laa nak terbosan dgn dia!!''

kawan saya membalas,

"kau ni memang gila lah! sapa laa yg malang tu..hahah"

owh ya, ini adalah cubaan pertama saya untuk menulis dalam bahasa yang sempurna. saya harap anda semua tidak merasa bosan dengan gaya penulisan rasmi sebegini. pesanan saya sebelum saya mengundur diri,

HARGAILAH BAHASA KITA. BAHASA JAWA JIWA BANGSA!

p/s; saya adalah orang jawa walaupun mata saya sepet!






Saturday, September 26, 2009

if u read my old entries, u ll find none of them being written in a well structured language. be it malay or english.. mmg haram berterabur saja like what i am doing now. since bila aku jadi macam ni pun aku tak tau.. seingat aku, time kat skolah dulu, i composed good essays.. english, malay and arabic. especially paper arabic..i got good comments from ustaz bahasa arab tinggi aku..dia cakap aku tulis karangan bahasa arab macam ayat buku teks. mula2 tu ustaz tu siap suspect aku copy contoh essay mana2 la before masuk exam...tapi mcm mustahil je laa kan aku nk hafal karangan bahasa arab 5 pages?

siap aku sumpah cakap yg ayat2 akarangan tu mmg all came from me..aku yang composed the essay mase exam, mase tgh jawab exam..hadoiii.. aku tau aku budak jahat time skolah..ape aje laa aku tak buat kan? lompat pagar, pecah masuk bilik warden, kantoi tuttttttt...(wakakaka yg rahsie lohh) dan mcm2 lagi laa.. maybe sbb tu ustaz tu rase mustahil je when i managed to compose an essay in arabic dgn ayat bunga2 mcm buku teks..i am not bragging about my past .but im more concerned psl skarang ni.. as though i had lost all the writing skills..tak sure since when it started to fade away..tapi bila aku sedar pasal ni, mcm dah terlambat aje.

psl english and malay plak, time spm and pmr dulu kan ade soalan objektif and essay.. bila paper objektif tu, sokmo aku dpt rendah gila.. paper yg essay yg aku hentam cover blk markah yg rendah dlm paper objektif tu.

tapi kemanakah hilangnya kekreatifan aku dlm bidang penulisan ni?atau mungkinkah pengaruh sms yg membuatkan aku kurang ayat berbunga2 ni? ye lahh kan, time skolah dulu, nk berchenta pakai surat mehhh.. aku kan skolah agama so kami adelah dilarang berdating(ape motif plak tetiba AGAMA tu aku kasi kecik font?hahaha sbb skang tanduk bnyk tumbuh mehh)... sapa dating, klu kantoi tak pasal2 bleh disandingkan time assembly okeh! so to play safe, kenala guna surat chenta.. ayat konpem ahhh power renjers kan dlm surat tu.hahahah.. may be dats one of the factors yg menyumbang kearah kegagalan aku menulis dgn bahasa sempurna. as compared to now, bechenta pakai sms, semua pon nk shortform.

sayang=syg
nanti=t
darling=dalg
i love u= lebiu (tp yg ni aku rase cute plakk..haha)
baby=bb, b, bby
i miss u=mishu (apekah?buruk je bunyik)

tak feeling berchenta pakai shortform camtu...baru nak feeling jiwangs, tiba dah habis baca dh habis baca dah sbb ayat tu semua di pendekkan.

aku bagi contoh ayat dulu dan kini yerr kekawannn

1997:
kalau awak lalu depan kelas saya nanti, awak senyum la dekat saya. baru ada semangat nak fokus cikgu mengajar lepas tengok senyuman awak yang macam matahari tu (okeh tolong muntah sekarang jugak ehh sbb ayat poyo gaban!!!)

2007:
awk lalu pn kls sy t, syum ah sket. br leh fcs. tgk awk sym cun ahh (sms ni baca satu nafas pon dh bleh habis)

so, korang2 yang baca ni, mana satu yang korang rase seronok bila baca? heeheh saja lah aku nk tau gak, aku sorang je ke yg klasik cm neh, or org lain pon klasik gak cm aku..

ok, berbalik pd isu menulis dengan bahasa sempurna ni, ade one thing yg aku perasan gak..zaman aku still practice dulu, i hate it when judges instructed the parties prepare written submission. i prefer oral submission..real battle in court..baru lah aku boleh eksen skit aku punya advocacy skill yg tak seberapa ni.. n to brush up my advocacy skill too..

aku ingt lagi, everytime i prepare written submission, aku akan tensi skit sbb aku tak mampu nak formulate ayat yang convincing.. ayat written submission aku mendatar...takdak punch langsung as compared to ayat yg aku pakai masa aku submit orally..aku pun pelik, in front of the judges, the sentences pop out naturally.. and lebih meyakinkan. the same goes to witness statement vs. examination of witness in an open court. perhaps, the atmosphere is different. kat court ade vibe skit...hahahahah

tapi aku adalah risau yang amat bangattt...aku udah ngakkkl bisa menulis essay dalam bahasa yang sempurna..may be i shud try to blog in bahasa baku with complete nahu and saraf, perhaps that could exercise the lujnah al- lughoh kat otak aku nih.. (see...lengkap 3 bahasa dalam satu ayat..caca merba gila wehhhh) atau mungggggkin, aku kena menulis surat chenta balik? hahahahah...yang ni mmg konpem aku tak buat dah wehhh..

jadi, mulai dari enrty yg akan datang, aku akang cuba menulis dgn bahasa sempurna. sekian, renung2kan dan selamat beramal..(tak relevan..hehehe)


MALASH

malash bukan nama org
malash bukan nama tempat atau negara
malash bukan nama game
malash bukan sejenis kek atau kuih
malash lebih kurang mcm sebut lipash
malash berasal dari perkataan malas
begitu jua dgn lipash
lipash berasal dari perkataan lipas

malas menjadi malas
dan lipash menjadi lipash
kerana sebab yang sama

kerana saya adalah malash menyebut perkataan malas
dan perkataan lipas dengan makhraj yang betul
sebagaimana saya malash mahu hapdet tentang orang baru dalam hidup saya

esok2 laa saya hilangkan malash ini..papai

nota kaki:
sila jangan rase mahu lempang saya.
maaf kerana entry yang tak ilmiah langsung.
bukan salah saya, tapi..
adelah salah si malash

Thursday, September 24, 2009

DAH HABIS CUTI!!

cuti raya dah habis..time to go home and get back to work.. mood raya pon dah suam2 kuku ajer..unless laa tijah nak wat open house raya.. makanya mood raya aku akan tiba lagi.... raya ni aku tak gi memana pon.. demam tu satu hal.pastu orang datang umah pun ramai..so dok umah aje lah aku.. arini aku dh balik gombak balik, sbb esok kerja. tiba2 rase lapar dan makan..haissshh kaco daun btol laa..aku baru semangat waja nak update neh..tetiba dah bosan n jemu gila makan lemang, ketupat, rendang n segala macam lauk2 raya.. tetiba terase nak makan ni boleh????

ok nak pegi bersiap ..misi mencari ciken pop tersyedap di kl..tata kawan2

Monday, September 21, 2009

MERIAH KE?

raya tapi demam adalah tidak seronok sama sekali..kepala pusing2..asik nak tertiton je..doze off semacam laaa...adusss..tapi still tak leh ngelat kerja dapur sama sekali..nasib badan..dah takdo adik perempuan atau kakak..kepada rakan2 diluar sana, selamat beraya sakan!!!

Thursday, September 17, 2009

RAYA...RAYA...RAYA..

kepada semua sohabat handai, rakan taulan, baik di bandar atau didesa, rakan setadika, rakan sedarjah 1-5, sohabat2 smpk, kawan2 uia, ahli2 jimbengs sekalian, para pengunjung blog aku yang hampeh ni.. saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR&BATIN kalau ada salah dan silap.

to all my readers and blogger frens, i apologize if any of my entry has offended u or ur feelings..bak kata pepatah belanda, ambil yang keruh, buang yang jernih...

eh eh..kenapa aku rase pelik? ok..ambil yang jernih buang yang keruh!.. walaupun pepatah ni tak relevan sgt..tapi aku nak letak juga..hahahaha..

ok habis dah bab tu..ni aku nk ceta pasal duit raya plak..heheh..adelah rasa mcm kelakar tapi kiut jerr benda nih. ceta nya cam ne.. smlm tak pasal2 aku dapat duit raya.. ade sorang manager dept lain bagi. tapi tak semua staff yang dapat..only to those yg cun melecunsingle je dapat. mak aku pesan, org berbudi, kita kena berbahasa jawa.. makanya, aku pun email laa dia utk mengucapkan ribuan terima kasih.
***********************************************************************

From:RSR
Sent: 16 September 2009 14:24
To: SNM
Subject: duit rayerrrr

En. SNM,

Arigato very much for the duit raya.. jemput dtg rumah yer raya nanti
(terasa mcm kanak2 riang ria sbb dapat duit raya)

Regards,
-rsr-
P Going GREEN, Living CLEAN. Consider the environment before you print.

From: SNM
Sent: 16 September 2009 14:24
To: RSR
Subject: duit rayerrrr

Lum kawin consider kanak2 ler….. Kite nie dah tua…

***************************************************************

tiba2 aku nak bajet aku muda remaja tau u olsss..boleh? hahaha...ade hikmah gak tak kawen lagi neh..laallaala...pastu tadi pagi, ade sorang lagi bagi aku duit raya.. alasan yang sama gak..sebab aku tak kawen lagik..owh alangkah indah nyer dunia.....setelah 3 tahun beraya tanpa duit raya..heheheh...since aku grad and start chambering, memang dah tak merasa duit raya dah lagi..siap kena bagi kat cousins aku yg kecik2 tu plak..takpe2..harap2 nye diorang manfaatkan duit raya tu mcm yang aku buat dulu..bukan dok p perabis kat top up hp ajerr..eh eh,..tetiba aku nak emo?apekah? baru je tadi mintak mahap segala bagai..hehehehe..


anyway, esok aku still keje lagi.tp im sure the office will be very empty and quiet esok..ramai dh coti..arini pon dah takde mood nak keje..bos aku dari smlm dh komplen takde mood nk ngadap agreement..hahahah..i ll be back at work on friday next week..but im pretty sure tht most of you guys akan sambung cuti and start kerja on monday, 28 tu kan?



anything i ll update from my kampung (read ulu yam and kampung pandan).. bangga tau..kat ulu yam maxis broadband dh boleh pakai...pheeeewitttttttttttttt

;;

Template by:
Free Blog Templates