Sunday, September 27, 2009

CUBAAN PERTAMA

hari ini saya bertekad mahu jadi budak baik. saya tak mahu main2 lagi. saya mahu fokus. hidup mesti diteruskan. cita2 pantas dikejarin. cita2 saya hari ini adalah untuk menghabiskan 'slide' tentang 'construction law'.

iye..iye!!

saya tahu..saya tahu!

saya sangat formal bukan? saya sedang memperbaiki bahasa penulisan saya (dan saya tahu encik kerol sedang mengambil pen merah untuk menanda dan memberi markah heheheheh) . saya mahu jadi penulis baik..walau bukan penulis yang hebat, tapi cukup sekadar penulis yang tahu menulis. bukan tahu merapu sahaja!

blog saya tidak ada tema bukan? maksud saya bukan macam sesetengah blog lain. ada yang 'review' tentang fesyen, ada blog yang menjurus kepada politik. tapi dalam blog ini, saya menulis secara bebas. apa sahaja yang terlintas di fikiran saya, tentang dunia saya, tentang jiwa saya...dan tentang kisah klasik saya. saya tidak mahu tetapkan apa2 tema untuk blog saya, kerana nanti penulisan saya akan jadi jumud. tambahan pula saya ini orangnya jenis yang mudah bosan. seperti contoh, sekarang ini saya sudah mula bosan bermain farmville, and i need to find a new excitement..heheheh..

berkenaan dengan sifat saya yang cepat jemu dan bosan terhadap sesuatu, seorang rakan bijaksana saya pernah bertanyakan kalau sudah kahwin, adakah saya akan bosan dengan suami saya lantas mencari yang baru?

saya katakan pada dia, walau saya ada sifat yang mudah bosan dan jemu terhadap sesuatu, tapi saya belum gila lagi. gila2 mungkin ya, tapi bukan gila. selepas itu, saya menambah lagi

" kalau aku bosan tgk muka dia, aku pakai laa spek mata hitam..nanti aku akan nampak dia sebagai orang hitam pulak. so aku tak jadi laa nak terbosan dgn dia!!''

kawan saya membalas,

"kau ni memang gila lah! sapa laa yg malang tu..hahah"

owh ya, ini adalah cubaan pertama saya untuk menulis dalam bahasa yang sempurna. saya harap anda semua tidak merasa bosan dengan gaya penulisan rasmi sebegini. pesanan saya sebelum saya mengundur diri,

HARGAILAH BAHASA KITA. BAHASA JAWA JIWA BANGSA!

p/s; saya adalah orang jawa walaupun mata saya sepet!






2 tukang karut:

Shin Chan Comel said...

Hehehe good!mcm baca artikel di newspaper@magazine,susunan ayat yg rapi & mudah difahami;)

tp sy xpuas ati..kna cari ksalahan gak ni..ngehehe:p
1.Knp xguna capital letter?:P
2.gila2<--apa ni?kalo 'gila-gila' sy tau la:p

ps:gurau je ye..sape sruh nk org nilai..hehe.nway,ikhlas sy ckp,mmg gaya tulisan awk menarik & maybe org ingat awk ni wartawan,tahniah!!=)

~salwaredzuan~ said...

kerol,
sy guna ayat2 yg sng nk paham je..kalau nk tulis artikel dlm magazine or newspaper, kna guna ayat2 bombastic.. so sy tak layak lagi..just yet..hehe but in future, mana nak tau kan saya akan menulis diruangan putik lada for young lawyers

sila tolak markah ejaan, tapi tatabahasa dpt full kan? hehhe :P

Template by:
Free Blog Templates