Friday, September 11, 2009

REZEKI MURAH DI BULAN RAMADHAN

rezeki murah or murah rezeki? alhamdulillah, bulan2 posa ni...rezeki melimpah ruah.. ada aje orang nak belanja buffet. tapi pernah tak kita terfikir, bila kita makan buffet kat tempat2 mewah, orang2 yang hidup susah, kais pagi makan pagi, yang minta2 sedekah, dengan apa laaa agak2 nya diorang berbuka? tiba2 aku terasa amat bersyukur.. dan tiba2 aku rasa kadang2 kita terlalu sibuk dengan kerja, dengan kehidupan masing2, dgn berfikir nak buka posa kat hotel mana pulak hari ni. tapi tak terlintas pulak untuk memikirkan tentang nasib orang2 susah yang terpaksa mintak sedekah untuk cari sesuap nasi.

kadang2 kita nampak orang mintak sedekah kat pasar malam, or kat bazaar2 ramadhan ni, kita terus kutuk and tuduh dia tak berusaha and bekerja untuk cari rezeki. tapi siapa kita ni untuk mempersoalkan tentang rezeki orang? mungkin dia dah cuba cari kerja, tapi belum ada rezeki lagi untuk dapat kerja. rezeki tu kan allah yang bagi? kalau allah dah bagi kita rezeki yang melimpah ruah, apa salah nya kita panjangkan anugerah allah tu pada orang lain?

seringgit tu tak banyak kan kawan2? mungkin dengan seringgit tu, dia boleh beli 3 ketul karipap untuk berbuka puasa. mungkin kita berpuasa hanya sebulan, tapi orang2 susah ni terpaksa berpuasa sepanjang tahun.


7 tukang karut:

Tijah said...

sian diorang kannn???
*ujar tijah sambel mengunyah rosmeri ciken

~salwaredzuan~ said...

tijah kijammm..dah 2 bln eden ngidam rosemeri ciken chop tauuuu

Marina Monroe said...

Kalau tak de peminta sedekah kat pasal juadah or pasar malam, alamat tak bersedekah lah. Berapa ramai sangat yg bersedekah ker rumah2 anak2 yatim? Di situ lah kita renongkan bahwa Allah memang dah tetapkan perjalananan hidup seseorang. Yang lebih bersedekah ker pd or yg serba kurang.

Kak Ungku Betty said...

Salam...kalau dah niat sedekah x payahlah berkira betul x? ok.. Aunty ingin sampaikan Salam Aidil Fitri buat Salwa & Family. Semoga meriah Raya nie..Extra carefull while on the road Raya nie ok? Take care dear..

~salwaredzuan~ said...

auntie monroe,
setiap sesuatu tu, Allah dah tentukan.jgn pertikaikan ttg kelemahan dan kekurangan orang lain..betul tak aunty? mungkin hari ni, hari dia, esok atau lusa, munglin giliran kita pulak..

kak ungku,
thanks auntie..saya balik dekat ajer.ulu yam jer..heheh tp still kena hati2..nnt raa jemput datang umah yerr

kerol said...

dah 2kali baca entry ni..

"tapi siapa kita ni untuk mempersoalkan tentang rezeki orang? mungkin dia dah cuba cari kerja, tapi belum ada rezeki lagi untuk dapat kerja."


ayat2 nie mmg mmberi pngajaran..thnx.
apa2 pun, yg pasti, jgn risau, psl rezeki dari Allah takkan putus=)

~salwaredzuan~ said...

alhamdulillah..so far still boleh bernafas dgn selesa...

harap2 readers akan terkesan with the entry..bukan nk perli sesapa..cuma nak mengingatkan sesama sendiri..sbb asal sifat manusia mmg pelupa

Template by:
Free Blog Templates