Friday, August 28, 2009

situasi dimana kepala saya mcm berada diatas papan pemotong daging.
venue: choppingboardroom
masa:masa silam
tarikh:bukan tarikh lahir saya
perkara: SOP

antara isi kandunganpergaduhan perbicangan;

1. technical dan procyrement punya orang bergaduh.. sedang bertikam lidah, kedua menoleh kearah saya .."kita kena tny org legal ni..so wat say u salwa...?"
-me not like gila2 okeh!!!! semua kna tny saya ke?uwaaaaaaaaaa..saya rase mcm ayam nak kena sembelih tau..tak sukerrrr

2. si A kata kena letak "shall".. B kata mahu letak "Must".. dua2 toleh kat saya.. "legal, u decide!!"

3. D kata mahu buang perkataan "finance to check on reasonableness of the amount of claim".. finance dept kata, finance mesti cek amount tu reasonable atau tak..kalau tak reasonable mcm mana nk approve receipt and issue cek.. D kata finance tak perlu nak sibuk sbb finance is to approve saja.. finace kata dia mau cek juga, itu kerja dia, tak percaya, pi tanya legal..dan kedua2 meandang legal..aduiyaiiii.. o said betul laa finance ckp tu..tp D ckp ade betul nye juga..perhaps we should change the wording je..maybe we put there that finance to verify the amount of the claim..

dan kebetulan sbb masukmeeting agak lewat..tmpt yg available hny ade seblah COO ajerr. mmg sah laa aku jadi ayam bakal nk kna sembelih utk masak ayam percik dan dijual di bazaar ramadhan..

moral yg boleh dipetik:
1. jgn masuk meeting lewat supaya boleh pilih tempat duduk di hujung2 dunya
2. pakai mask supaya org tak boleh cam aku adelah dr legal dept
3. jangan jadi ayam kalau takut kena sembelih
4. anggap COO mcm YA gopal sri ram atau YA augustine paul.. kalau dgn mereka aku boleh, mengapa tidak COO itu
5. make sure meeting2 yg memerlukan legal, bos aku tak g outstation..heheheh
6. meeting bulan posa tak best..takdo makan2...hahahah


Thursday, August 27, 2009

ZORRO IS MY BF

hihihi..lama tak tepek gambo sy sendiri... kerana saya sekarang sudah memakai hp yang cameranya tidak berapa jelas.... hanya aplikasi yang lain sahaja bisa menarik hatiku..antaranya adelah lintas langsung fesbuk..hihih..dan juga untuk makhluk tuhan yang sering sesat jana macam saya.. hp yg ade gps sangat lah berguna di masa2 tertentu..

berbalik kepada zorro yang saya war2 kan sebagai bf saya, untuk mengambil semangat zorro, maka saya juga jadi seperti diri nyaaa...


.
.

Tuesday, August 25, 2009

HIKAYAT 1001 MALAM

have u ever encountered with a situation where you were doing your daily house chores, and while you were re-arranging your old stuffs hidden underneath your bed, and then u stumbled upon some old stuffs.. the one that u actually wanted to throw it away from your life?

haishhh....dan tetiba pulak something happened.. sesuatu yg mcm tak disangka2? how to deal with the 'unsangkarable' situation? nak terima seadanye or ??? keadaan barang yang telah bersawang dan berhabuk2.. barang yang tersembunyi hampir 1001 hari..

dan aku cuma duduk memerhatikan sahaja sambil berdoa tak akan ada 1001 malam lagi sebab aku mahu puasa keesokan harinya dan berbuka dengan ayam rosemary kak tijah..

Monday, August 24, 2009

OH MONDAY!!!

saya setuju!!!!!
alangkah indahnyerr jika begini tika ini!!
i'd sleep anywhere so long that i can sleep rite now!
i'd feel reli good if i can wear my pyjamas now aihhhh

dan saya menahan mata yang sedang tegar mahu tertutup.. eh eh eh.. lagi setengah jam nak lunch pergi surau.. nak baca quran sempena bulan ramadhan nih...selamat berpuasa anda semua...

Thursday, August 20, 2009


aku tinggi. juga suka pakai kasut tumit tinggi ke kantor. jika ke nz atau jamban, aku selesa pakai tat seng sahaja! alkisahnya, sedang aku menyusun kasut di rak pulang dari kantor...aku terperasan satu persamaan diantara kesemua kasut2 tumit tinggi aku.. di bahagian tumit adelah bercalar!

aku belek2 dan aku terdiam sambil berfikir sejenak... makhluk perosak mana yg sudah menoreh2 kasut aku ini? lalu aku teringat... tidak semewah waktu practice dahulu.. aku kini terpaksa membayar parking ku sendiri. company tak sediakan parking untuk exec cabuk macam aku.. hanya manager yg diberikan privilege sedemikian.. dan aku akan pastikan satu hari nanti.. aku akan dapat semula privilege tersebut.

akibat terpaksa membayar parking sendiri, aku pilih tempat yg tak berbumbung...tempat parking yang tidak diturap dengan tar.. kadang2 ade batu2 kerikil..ade yg besar, ade yang kecik!... yessss akhirnya.. setelah dikaji2, itu lah penyebab kasut2 aku bercalar2 bagai ditoreh makhluk halus dibahagian tumit yang 2 inci tingginya...

kasihan kasut2 ku.. (sambil menggeleng2kan kepala) ... dalam hati, aku terpikir, mahu beli kasut baru lagikah... atau beli shj monthly pas.. otak ligat memikir..anggaran sepasang kasut baru sama sahaja dengan harga yang perlu aku tambah untuk beli monthly pass tu..

kasut baru setiap bulan? atau bayar pas bulanan untuk parking? leceh laa pulak nak kena beli charles n keithkasut baru setiap bulan... ermmmmmm tapi dalam hal sebegini, aku rela dilecehkan..hahahhaha (gelak keji sambil menghantar pemergian makhluk bertanduk itu ke sebuah bilik kurungan bawah tanah selama satu bulan)

Wednesday, August 19, 2009

assalamualaikum.. (jawab2..jgn tak jawab.tak jwab dosa tau..hihih)

bile bg salam, i nk ceta pasal salam skit.heheh.i masa sekolah menengah dulu sekolah agama. dari asrama puteri (aspuri) nak ke sekolah, kena lalu depan asrama putera (aspura). perjalanan dari aspuri ke school compound tak le jauh mana, tapi yang azab nyer bila kena lalu kat depan aspura.. pergi sekolah pepagi mmg tarak hal sbb i tau boys sure dh lewat ke sekolah so thy wont have time to bertempek kat tepi koridor and mengusha girls yg lalu. tapi when it comes to prep classes, especially prep petang (which normally i hibernating sahaja di dorm), boys bertempek tepi tingkap and ejek2 girls yg lalu..apadaa mat tembok sungguh! paling2 koman pun, diorang akan bagi salam, and cakap "tak jawab salam berdosa, tapi kalau jawab salam, gatal!"..hahha bengong ke apa?

okeh cerita i dah tersasar plak neh.. sebenanye i nak ceta pasal pagi tadi. i ade seminar kat luar.so the whole day tak masuk ofis. seminar pasal fund raising, ingt tak i ceta about sukuk tu? so ni company i laa tergedik suruh i pegi dengar seminar which i found it to be so boring, uninteractive, benda lapuk, presentation wise pon mcm melepaskan batuk di tepi lif!!! speaker dia sekadar membaca je from the slides and reading materials.. kalau macam tu baik i surf internet aje!

i bukan nak kutuk speaker tu ke apa.. i takde any issues against them tau.. cumanya kalau orang dah bayar u jd speaker, u've got to do something that is worth paying for. give more case studies rather than mere text. i rasa laa kan, my ex students kat uia dulu buat presentation 10 times better than those speakers kat seminar tu. the task given to them not only to deliver the information but also to make us understand the issue thoroughly.. macam jawab soalan exam lah.. u already have the idea and answer to the exam questions. but how u design or formulate your answer pon penting juga! so i pun menghabiskan masa berfacebook spanjang seminar tu..hahahaha..i soka tauuuu


yang lagi best, seminar tu smp pukul 5. lucnh tadi kul 12. lepas lunch, i cabut balik..hahahahhaah.. perangai memonteng dari zaman sekolah yang sukar dikikis..lalalallala... nasib laa.. "old habit die hard" kata orang jawa!.. makanya lepas lunch i `cabot balik. singgah opis lama jap, minum dgn kakzu n kak airin. then smp umah around 3. i pon mulakan operasi tdior tengahari yang indah.. dan hanya bangun pada jam 6 petang..

hari yang indah tanpa memikirkan kerja sekelumit pun!

nota kaki: kenapa i rase macam entry ni ade unsur2 gedik sahaja? mungkinkah tdiur petang menjadikan i gedik? atau i termimpi sesuatu yang gedik masa tidur petang tadi? i musykil yang amat bangat nehhh

Monday, August 17, 2009

ADAM KE AIDIL?

ishhh tak bley jadik nih..dah 2 minggu saya terlepas menonton drama nur kasih... makanya jam 3.55am saya gigih menghabiskan episode 11 dan 12.. tentang nur kasih ni:-

1. adik nur, sarah tu kenapa adelah gedik tahap gaban okeh?
2. kalau si sarah gedik tu pergi interview dekat MAS, macam mana perangai dia time interview tu?
3. nur amina adelah cantek!
4. adam adelah lelaki hampeh!
5. aidil adalah sangat cool.
6. saya adalah teruja setiap kali babak aidil keluar tv..hehehe (dari zaman dolu2 hingga kini saya selalu memilih second hero..adelah pelik tapi benar!)
7. kasihan bangat sama katrina. beliau adalah mangsa keadaan
9. saya berharap supaya aidil tak end up kawen dgn sarah si gedik tu!
10. kan best kalau aidil kawin dgn nur amina? mana mungkin!kiranya itu yang terjadi, harus lah semua penonton tv3 mensabotaj stesen tv3 lepas ni

11. tapi mungkin penonton drama nur kasih akan merasa lebih bahgia kalau aidil end up dgn kawan nur amina..saya lupa nama kawan dia tu
12. drama ni tak plastic sgt mcm drama rosyam nor or yusof haslam.dalam nurkasih, tak ada kereta2 mewah, tak ada rumah berswimming pool, nur amina mahupun adam hanya kerja di firma biasa2 sahaja dan bukan di syarikat gergasi/korporat
13. saya juga suka kerana dialog dalam nur kasih tak berbelit2 macam kena sembelit
14. bahasa inggeris hanya digunakan apabila melibatkan watak katrina sahaja.. bukan macam sesetengah drama melayu..tak melayu sungguh!

agak2 korang semua, last2 sekali nur amina akan bersama aidil atau adam




MARI BERBOWLING!!!!

holaaaaa...

kabare to all my readers..wwah wah wah... jgn ingt aku diam dekat seminggu ni aku tak buat apa..aku pi blaja bahasa jawa tau..terus keluar kabare tuh..last week mmg bz tak hengat. dengan kerja lagik, dengan bowling tournament lagik. since aku budak baru kat opis tu, aku diorang paksa aku jadi emcee..tau ler suara i sedap.. makanya i telah di afundi oleh RC member utk jd emcee sabtu tu. anyway, on saturday, the event went well.except caterer lambat masak. setengah jam lari from origal tentative..i blame u mr masri.opss mr maris and i guess he is from MARS.. poyo aje lebih, tapi masak kurma daging bau kambing..apekah?

aku tak main pun aritu..sbb umum telah ketahui bahawa aku adelah pelongkang sejati dlm arena bowling ni. makanya aku menyumbang suara merdu je. first time jadi emcee mmg nervous abis laa.. VVIP ramai plak tu..dari menteri sampai laa ke anak menteri.hahahah..

apa2 pun aku enjoy. dan CEO aku siap puji suara i sodap, mau sign kontrak emcee terus sama aku..wahhhhh next time aku kena mintak bayaran neh... setelah cease practice, aku mana mau layan lagik kerja2 pro bono neh.. nak2 kompeni kaya.. haruslah aku jadi mata $$$$$.. lalalalala

enjoy the piccas



Wednesday, August 12, 2009

KERJA..KERJA..KERJA

agak menarik untuk dikongsi kat sini..so lps baca, cuba tengok ade tak situation korang sama dengan mana2 situation kat bawah ni? renung2 kan dan selamat bekerja!

You know you work in Corporate if ...

1) You've sat at the same desk for 4 years and worked for three different companies.
2) Your resume is on a disk in your pocket.
3) When someone asks about what you do for a living, you lie.
4) You get really excited about a 2% pay raise.
5) You learn about your layoff on CNN.
6) Your biggest loss from a system crash is that you lose your best jokes.
7) Your supervisor doesn't have the ability to do your job.
8) You sit in a cubicle smaller than your bedroom closet.
9) Salaries of the members on the Executive Board are higher than all the Third World
countries' annual budgets combined.
10) It's dark when you drive to and from work.
11) Fun is when issues are assigned to someone else.
12) "Communication" is something your group is having problems with.
13) You see a good looking person and know it is a visitor.
14) Free food left over from meetings is your main staple diet.
15) Weekends are those days your spouse makes you stay home.
16) Being sick is defined as can't walk or you're in the hospital.
17) You're already late on the assignment you just got.
18) Dilbert cartoons hang outside every cube.
19) Your boss' favorite lines are "When you get a few minutes", "In your spare time",
"When you're freed up", and "I have an opportunity for you."
20) Your relatives and family describe your job as "works with computers".

p/s: entry dalam ke-busy-an. hhehehehhe selamat bekerja!


Tuesday, August 11, 2009

MARI MENGEMAS!!!

aku ade satu habit. sesetengah orang merasakan habit aku adalah pelik. sesetengah orang berpendapat habit aku ini normal sahaja.terpulanglah pada setiap orang untuk membuat anggapan.. aku pun tak tahu habit tersebut adalah pelik atau normal.. when there's a grey area between right and wrong, between the undefined things, between yes or no.. all that we can do is to presume. but somehow presumption can lead to a wrong conclusion. makanya terpulanglah lah kepada anda untuk berpendapat habit aku ini normal atau pun tidak. apakah habit aku itu? jeng jeng jeng..antara situasinya yg pernah terjadi:-

1. 2001-tunggu result spm.berdebar gila.masa tu aku takde kat msia.along aku yg pergi cek result aku kat skolah.malam tu aku tak boleh tidur mengenangkan nasib aku.berapa A, B atau E yang aku berjaya kutip dalam slip keputusan SPM aku tu. makanya semalaman aku tak tidur dengan mengemas beg pakaian aku.padahal aku still ada 20 more days before i could go home. dan beg pakaian aku dikemas mengikut aturan warna baju. tak cukup dengan beg aku, beg mak aku pun aku punggah sama dan aku kemas balik ikut kaler baju.

2. 1998-pemilihan player basketball wakil sekolah. aku nak sangat join the team because i had crush on one of the players from the male team..ahaks!siang tu ade pemilihan players for the team.esok baru dapat tau keputusan.aku mmg tak senang duduk laa. so mlm tu masa kelas prep, aku habiskan masa dengan menyusun buku dalam locker2 kat kelas mengikut size buku. kelas prep aku tu ade 30 locker ya!

3. 2007-malas nak cerita lah pasal apa. to overcome the most painful feeling i was facing at tht time.. i re-arranged my closet almost everyday. susun balik all my novels according to alphebetical order, susun kasut2 aku mengikut warna, basuh baju tengah2 malam whenever i felt like crying, to put labels on my old notes from uni years..

4. 2008-nervous gila menunggu keputusan satu kes permohonan sivil that i've prepared on my own. kalah ke, menang ke? sementara menunggu esok hari for the decison to be called, i had to sail through the sleepless night dgn mengeluarkan kesemua gambar dalam my albums and susun balik gambar2 ikut susunan yang berbeza.

ade bnyk lagi situasi that warrants this weird habit of mine..dan aku baru sahaja selesai menyusun baju2 dalam almari aku, menyusun my perfumes collections and make up, menukar cadar katil...hmmm what else ya? ok lah..selamat malam anda semua..saya mahu menjemur baju pulak.mungkin mesin basuh sudah selesai menjalankan tugasannya sementara aku mencuri masa memblog kan diri..

-raidah salwa-
11 Ogos 2009
1.57 am

Friday, August 7, 2009

went to kg baru after work to meet the seng group plus kak airin, too bad she had to leave earlier.. the seng tat, the sengal and the seng XXXX (aku lupaa laa ape si zultarantula ni bg nama kat dara mat rawi neh..ahaksss).. we had our serious moments when our miss dara mat rawi was crying over some sad thing tht happened to her.. but we also had our section where the sengs had some hilarious, truly gut wrenching, laugh out loud momento.. especially where seng tat met his new karachi best fren... mula laa sil zul aka wan malini keluarkan muka pak maun dia..anyway seng tat, tima kaseh for the durian n manggis...ko mmg biras sejati..jaga bonda bebaik yaa seng tat.. sekian sahaja entry sengal mlm ini...aku mau tdo lah... sambil mimpi nyanyi lagu fantasia bulan madu sedap2...sambil nyanyi aku drive keta ikot high way menuju ke destinasi tak pasti..*poyo alert*
dara mat rawi dan faizah mansor..nama klasik dia aku lupa

kadang2 aku kesian gak tgk peragai manusia yg smp bgamba celah2 daun ni..hahahahahaha..klu daun ganja, sure dh high dh kak airin nih..
makcik ni pon sama, pelik tapi benar


makcik ni aku tpaksa ngadap muka dia hari2 since aku dh kerja seopis dgn dia blk..alahai makcik lutut nihhhh

Thursday, August 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY OMMUL




It's your birthday, another year has passed, through new experiences, we had a blast. i waited 365 days just to wish you, HAPPY BIRTHDAY bestie!!!!!!!

~the ever gorgeous ms ommulkhair~

TENDER???

pertama kali dalam idop aku tgk dokumen yg dinamakan tender..ahahah ade unsur2 jakun disitu..dah laa baru nk menjakunkan diri..terus kna vet tender document plak tu...hampagas btol..bos aku ni ingt aku bijak sgt kot...adoiiii..takpe2 walopon aku tak sepandai pandai tupai melompat yang akhirnya jatoh ke tanah jua tu, aku akan berusaha menjadi sebijak2 kim ung-yong, atau gregory smith ... and kalu nk feeling2 hindustan, aku mahu jd sebijak akrit jaswal.. tapi aku hargai bos aku yg menyangkakan aku ini bijak..sekurang2nye bos aku ini bersangka yg elok2 shj tentang aku..

dan hari ni aku gumbire ke kantor dengan feeling memakai kasot baru..yihaaaaaaaaaaaaa

MARAH SAMA SI BOTAX

aku adelah marah..mungkin cerita ini agak basi..tapi aku tk sempat nk ceta siang td kat opis bnyk kirje mehh.. kna submit kirje memandangkan selasa aku sudah mc.. alkisahnye begini...pagi td aku agak lewat ke opis. aku lewat seplo minit..sib baik opis aku ni jenis tak kisah sgt psl clock in ni memandangkan aku jenis blk lewat jugak laaa..

aku bukan pemakan brekpes...cuma masa kirje robert devan je aku slalu kelaparan menunggu lunch sbb lunchnye kul 1.30..apadaaa lambat gila kan? kat opis br ni, aku sll lunch kul 12..kuikuikui..awal gaban jer..so aku kembali ke tabiat azali aku yg tak ske bekpes.. tapi pagi smlm aku tpaksa bekpes laa gak sbb aku nk mkn obat.. so aku berhenti kat petronas nak isi minyak keta yg dh liplaplipa warning tu.. sementara aku tunggu minyak tu full, aku pon pegi laa bli air susu stroberi magnolia kegemaran aku dan bun kacang merah kesokaanku dekat kiosk petronas tu.. masa aku nk g masuk kiosk tu, aku dh pastikan yg pam2 lain kosong ajerr

dalam 5 minit gak laa aku bli roti ngn air tu..then lepas byr aku g lat keta aku..skali ade mamat botak ni dok tgu blakang keta aku .. pastu slmbe je dia sound aku camni..

"lain kali jgn laa biar pam tu unattended..nyusahkan org lain nk isis minyak, kena tunggu awak lama2"

eh hello...geram okeh kat si botak neh..kiri kanan pam tu kosong..yg ko sebok2 nk tgu kat blakang keta aku tu apsal kan?saja laa nk cari pasal pagi2.. aku pon jwb blk...alamak aku lupa aku jwb ape kat dia..tp lepas aku jwb tu..aku cpt2 masok keta, pastu aku gelak guling2 (okeh tipu mana bleh guling2 dlm keta harrier xs aku kan?) tapi aku mmg saket hati je ngn org mengong cm ni..kasi rusak mood beta saja pepagi buta nk g kerja nih...

kepada encik si mamat botak yg memandu satria hitam dan mengisi minyak di stesen petronas kg baru pd pagi rabu 5.8.2009, jam lebih kurang 0820hrs... anda sememangnya ade masalah dan penyakit..penyakit anda ialah hati anda yg busuk dan suka berebut pam minyak ngn aku..aku pon tak hingin pam minyak tu laa...

ntah ape aku ngarut pasal si mamat botak ni pon aku tatau laa..tp hati aku agak puas setelah membebel kat sini.. ini pon kire slh satu kelebihan mempunyai blog laa gak ni...hahahahah..keji kah? ade aku kesah?

owh yaa..mlm ni adelah nisfu syaaban..dan aku marah2 mcm ni..ishh tak baik sungguh..

Tuesday, August 4, 2009

ORANG DEWASA

jadi orang dewasa mmg seronok, tp kdg2 aku penat..aku adalah paling tak suka menjadi orang dewasa apabila sampai ke perkara ni..


yes!!bayar bil...aku paling benci nak bayar bil..segala mcm benda nk kna byr.duit keta, bil talipon, berukband broadband, kredit kad, cukai tanah, cukai pintu, bila astro, bil letrik, nasib baik bil air free.. insurans lagik.. duit oinjaman blajo..aiyakkkk.. last duit gaji yg dh mmg ciput tu tgl dua tiga sen ajer..... kanak-kanak ribena yg membaca blog aku ini, sila ambil perhatian yerrr..menjadi org dewasa hanya seronok bila part2 tertentu shj..part membayar bil, aku rela jadi baby okeh!!!

ini lah kerja aku seharian mc dirumah.. to sort out my bills..nasib laa smua ade online..bleh aku byr online sajorrrr..tk yah aky berkejaran ke bank sana sinun.. sekian terima kasih..

yang tak ikhlas,
org dewasa yang tak soka byr bil

KENAPA BLOG?

rzq: i still dont understand y ppl r so much into blogging now
rsr_ lady: salah ke?
rzq: ntah betul ke ntah tidak apa yg diorang tulis tu
rsr_ lady: kalau betul..betullah..kalau tipu, itu hal diorang lah
rzq: wats their points of telling the readers of all their entry?
rsr_ lady: y u read their blogs?
rzq: sbb i nak baca lah
rsr_ lady: then..dats the reason y they blog about it..for u to read!
rzq: alaa..menipu aje ape yg ditulis kat blog tu
rsr_ lady: kalau diorg tipu, diorg dosa dgn tuhan lah..tp klu diorg tulis tu btul, u ckp tipu, u lah dosa ngn diorg
rzq: payah laa ckp ngn lawyer ni..asyik nak menang aje
rsr_ lady: tak relevant okeh! u tu yang tak reti nak sangka baik ngn org...
rzq: ye lahhh..cuba u baca..some of them dok sibuk brag about their new LV lah, kereta baru lah.. gambar ngada2 dgn hubby lah.. cerita pasal kerja yg konon hebat sgt lah..
rzq: alahai..org lain pon kerja hebat, kereta mewah, wear all those branded stuffs..tapi tak laa jakun n to the extent nak bermegah dalam blog
rsr_ lady: dat is their prerogative.. kalau tak suka y plak u nak baca?just click the small (X) on the right corner, then u can swith to ther things...
rzq: kire u ni saint sgt laa sbb tak pernah kutuk blog org:
rsr_ lady: aik..aku plak yg kena?dh lebih dh nehhh
rzq: hahaha..marah nmpk?utang teh tarik baru byr 2 gelas je tau..ke nak tambah hutang lagi?
rsr_ lady: u tu sebnanye hati busuk...u baca blog org, pastu kutuk2 org tu...manusia yg ade penyakit hati macam ni lah...tau laa cm ne i nak buat!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
rzq, i know ur reading this... hahaha..ni lah salah satu keistimewaan org yg ade blog..phm!!kalau tak puas ati ngn sesapa, aku leh je ceta kat blog..lagi mau kire utang teh tarik ngn aku ke? utang roti canai pe ceta plak?kasi byr cpt sket aaaaa... aritu i baru mkn satu keping..ade lagi 7 keping,..hahahahahhaah

SURI???

Raidah Salwa
Raidah Salwa
wahhh..nama i suri ker? i likeyyyyy likeyyy the very very mucho gracias...trimas!!terasa mcm anak tom cruise laa plakkkkk

Raidah just got their Klasik Malay Name!
Raidah's Klasik Malay name is Suri!
9 minutes ago · Comment · · Get your Klasik Malay name

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


tetiba aku terpikir..kalau parents aku letak nama aku suri cm ner ek? dlm kelas cikgu panggil.. " SURI BINTI REDZUAN!!!"

aku pon jawab, "saya cekgu"

best gak klu nama aku suri..pendek..ringkas..padat.. dan yang penting, senang aku nak isi borang...hahahaha dari zaman isi borang university, smp laa ke isi borang income tax skang nih..aku mmg tak ske nk tulis nama..sbb panjang..tp mak bapak i sudah bagi nama yg elok dan ada makna..makanya haruslah aku bersyukur..kot lak parents aku bg nama si kiambang ke.. che' tom ker.. tijah lempiang ke... tak kerr haru biru...

tapi klu anak aku nama suri amacam? wahhhh ala2 cam ayu je ekkk nama suri..yg penting sng mau isi borang..ok laaaa i mau titon..tata kawan2


Sunday, August 2, 2009

hi kawan2!!!
amacam weekend?harap2 nye ape2 yg dirancang untuk weekend anda semua tercapai lah hendaknye.. ade yg pergi bershopping... ade yang bertungkus lumus menyiapkan kerja.. ade yg keluar berdating.. ade yg pergi wedding.. ade yg pulang menemuia ayah bonda terchenta.. saya pulak tiada apa2 perancangan.. kerana saya hanya ingin buat satu perkara sahaja.. dan saya adalah sgt suka okeh kerana hajat dan perancangan saya terlah terlaksana dengan jayanya...hihihi.. ini lah sy buat sepanjang dua hari cuti ini..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mmg sepanjang dua hari ni..aku bantai tido cam org sawan ajerr..mak aku smp pening kepala tgk aku tdo..lama seh tak buat perangai tdo gila lama cm nih.. mak aku dok bebel2 pon masok mimpi ajer..best woooooooo!!!!

dh ler badan saket2 p main bowling ari jumaat lepas kijer aritu.. almaklumlaa dh 2 tahun aku tak main bowling..ofkos laa segala urat sendi aku terkena nervous shock dgn berat bola tuh..hihuihuhi.. main 3 game ajer.. bowling ni event kompeni..sbb aku kan ala2 hijau lagik..so haruslaa pergi kan!..klu tak g, apa plak diorg kata nnt.lagipon aku mmg nk main bowling. free wehh sapa takmo.hahaha.. dh abes 3 game, diorg ckp leh main lagi..so aku pon amek laa peluang mengasah skill terpendam aku...akibatnye..kaki, tangan, segala urat sendi smua saket..pdn muka sendiri!eh eh..dh kul 1030pm, tetiba aku rase mata aku dh ngantuk..hahah papai!

;;

Template by:
Free Blog Templates