Thursday, July 2, 2009

DAY 3 : MY FIRST SUBMISSION

- baru blk tgk transformer with kakzu, kak izah, sharmini and zul. boleh tahan laa..i am not a huge fan of robot or machine ker.. sy sukacerita yang sedang2 sahaja.. jalan cerita yg ringan, yang boleh gelak2.. atau pun cerita yang boleh buat sy nangis gila2 sebab lepas nagis, sy rasa puas hati..hehehe

-i just wana share my little joy with my readers here. last week, my ex bos called. he told me tht our client was acquited and discharged without defence being called. the client was charged under section 302 penal code. that was my first murder trial and i conducted the trial alone, from A-Z. though the news agak dh basi, but ke-teruja-an itu masih ade smp saat ini..hehehe

okeh, berbalik kepada topik asal, my first submission. it was february 16, 2007. bulan kedua aku berchambering. petang yang damai. tiba2 master panggil masuk mengadap. dalam hati aku adalah sgt cuak. ape benda laa dia nk membebelkan dekat aku. tiba2 dia bagi satu file.dekat kulit file tertera nama kes PENDAKWARAYA -lwn- TAN KAM CHEONG. owh... dalam hati aku meneka, mesti kes criminal. aku diberi tugasan pertama. sepanjang sebulan setengah aku chambering, master aku just mintak tlg buat research and tulis surat sahaja.

kes ini mudah sahaja, kata bos aku. anak guam dituduh di mahkamah sesyen bwh section 372 penal code. he was acquitted at session and DPP appealed to high court agaisnt the acquittal. jd tugas aku disitu adalah untuk menjawab hujahan bertulis yang telah dihantar oleh pihak perayu/pendakwaraya. aku ambil masa beberapa jam untuk pahamkan jalan fakta kes. kemudian, memahami pula alasan penghakiman yang diberi oleh hakim sesyen tersebut. dan seterusnya, meneleti grounds of appeal yang dibangkitkan oleh pendakwaraya.

dalam hati adalah sangat gusar..aduh gi mana bisa complete kan hujahan ini. mahu ditanya sama siapa? mahu ditanya pada master, aku adalah segan. jadi aku ambil keputusan untuk hantam sahaja lah. langsung tak de idea mcm mana nak mulakan hujahan bertulis ni. tiba2 aku terbayang muka raja bad. raja bad adalah pensyarah aku di uia dulu.beliau mengajar subjek criminal procedure, dan beliau adalah poyo.hahaha.. mati aku klu dia baca blog aku neh..

dalam kepala sarat memikir tentang prima facie. maka terbayang lah segala kes yg pernah keluar dr mulut raja bad tentang prima facie. apakah standard of proof on the prosecution at the close of the prosecution case? prima facie kah? atau beyond reasonable doubt kah?adakah principle dalam kes Haw Tua Tau masih lagi diguna pakaikah di Mahkamah malaysian ni..ahhh kacau sungguh ..time tu aku rasa mcm nk call je raja bad tny pasal isu prima facie nih.. balik ke rumah, terus aku tuju buku nota CPC aku yg sill dijaga elok lagi..haha nasib baik aku ni jenis simpan segala macam nota dari zaman nenek moyang belaja dulu... okeh, aku dah dpt jawapan.bukan lagi Haw Tua Tau..tapi adalah prinsipal dalam kes balachandran v pp yang terpakai sekarang... hati lega dan puas..

aku ambil masa yg agak lama untuk siapkan hujahan ni.alkamklum laa, my first baby. kena laa ambil masa sikit nk get familiar with the file, then nak cari kes2 to support my hujahan lagik..dlm seminggu tu, mmg aku dok hadap file ni aje. akhirnye aku berjaya siapkan. dh siap tu, aku pon submit kat master, bagi dia check dulu before hantar ke court. masa master aku tgh semak tu, dia suh aku duduk depan muka dia.adoiiii...lagi laa senak perot aku tgk dahi dia kerut2. macam salah besar je aku dahbuat. lepas baca tu, ade laa dia amend here and there. dah complete amendment segala, written submission tu pon dihantar ke mahkamah dan satu salinan di hantar ke pejabat timbalan pendakwaraya. kerja aku berakhir disitu. sekarang hanya debaran untuk menunggu decision dari mahkamah sahaja.

DECISION-20.3.2007

hari yang ditunggu2 telah tiba.pagi itu sangat indah...hujan turun renyai2. dalam hati aku berdoa supaya hujan ni adalah hujan rahmat, dan bukan hujan ala2 drama air mata yg bakal menghantar anak guam aku kembali ke penjara. aku still ingta lagi, kes rayuan ni didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah 3. Hakim dia nama Y.A. Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah. DPP bagi kes ini kalau tak silap aku, namanya Tuan Alfred. Master aku berpakaian segak pagi itu. maklumlah, kes di open court. Jubah hitam kebanggaan disarung kemas, bersama dengan bib putih pengganti neck tie. kat sini aku nk kongsi skit, kalau di mahkamah tinggi, kes di mahkamah terbuka, court attire bagi peguam adalah kemeja putih, bib putih, jaket hitam, dan kat bahagian luar sekali adalah jubah hitam (black robe) rimas gila pakai benda laois2 ni..kalau aku lagi laa rimas, sebab tambah pakai tudung lagi.. rase mcm nak tercekik pon ade.heheh.. tapi memandangkan locus aku hanya sebagai pelatih dalam kamar, jadi aku belum layak pakai bib dan robe hitam tu.

Sebelum hakim baca keputusan, master aku mintak kebenaran supaya aku boleh duduk dgn dia kat bar table. sebab kat court ni, peguam akan duduk di bar table, manakala org awam akan duduk di public gallery. disebabkan ini adalah kes high court yg dijalankan di mahkamah terbuka, hanya peguam yg memakai robe dibenarkan duduk di bar table. aku palk masa tu hanya pelatih dalam kamar yg still tak boleh pakai robe and bib, makanya tempat aku di public gallery sahajalah. permohonan master aku dibenarkan. aku bgn dan sedikit tunduk kepada yang arif tanda terima kasih dan terus menuju ke bar table, ambil tempat duduk di seblah master aku. master aku pom introduce laa nama aku kat mahkamah sebagai rekod sahaja.

sebaik aku duduk, yang arif terus je proceed pd decision kes.

"i had the opportunity of reading the grounds of judgment from the trial judge. i also have gone thoroughly into the submissions tendered by both appelant and repondent. i am also satisfied that the learned trial judge has not erred in his analysis of the evidence and the application of the relevant principles of law thereto. for this reasons, i had no difficulty in dismissing the appeal, the acquittal and discharge by the learned trial judge are affirmed"

masa ni sumpah aku rase macam nk lompat je dari kerusi. master aku terus je pandang aku and cakap " thank you"... aku plak, terus pandang muka anak guam kat belakang... maka terpancar lah sinar dari mata sepet anak guam aku tu.. lepas tu, anak guam ajak kami pergi breakfast sekaligus meraikan kemenangan tersebut. masa nk keluar dari bilik bicara, master aku bg tau kat Tuan Alfred bahawa hujahan tersebut adalah hasil kerja seorang pelatih dalam kamar...hehehe...one thing about my master, dia akan bg credit pd org yg buat kerja tu.. Tuan Alfred sempat pesan suruh aku apply masuk AG's Chambers. aku menolak dgn sopan, aku katakan yg aku mahu habiskan chambering dahulu.

balik dari breakfast, master aku pulang ke kantor menaiki kereta. tapi aku memilih untuk berjalan kaki sahaja. masa tu court KL masih lagi di depan dataran merdeka. ofis aku plak dekat atas kedai buku minerva. kalau berjalan kaki, hanya makan masa 20 minit sahaja.aku memilih untuk pulang berjalan kaki bukan sebab aku nk melencong pi memana.. tapi mulut aku nih tak leh nak stop senyum masa tu. kalau aku naik keta dgn master aku, mesti dia ingt aku gila sbb tersengih memanjang. kalau aku balik berjalan kaki, bolehlah aku menyengih sorang2 sepanjang 20 minit aku berjalan tu. siapa pon takkan perasan..hehhee.. maka dalam hujan renyai pagi itu, aku pon berjalanlah berseorangan sambil senyum smp telinga meraikan kemenangan pertama ..walaupun kes yang kecil dan simple, tapi amat bermakna bagi seorang pelatih dalam kamar seperti aku...

so, tht was it, my first submission..ok lah, aku nk kena tido dh nih..esok aku ade kes sambung bicara... my last criminal trial.. aishh emo laa plak...

7 tukang karut:

Seorang Bukan Sasterawan said...

amboi,rajinnya bercerita..sy kira 1266 patah perkataan..

~salwaredzuan~ said...

haha..tu nama dia gian nk buat submission!!! rajin bercerita ok lah, drp rajin mengira perkataan

Mother of Two said...

em...mmg hebat perkerjaan seorang lawyer nie.. mcm2 kes ada.. sonok gak dengar... :)

GreenApple said...

bebe... salute kat ang.. ang bleh ingat exact date & decision... :D

~salwaredzuan~ said...

mother of two,
setiap pekerjaan tu ade kehebatan tersendiri...engineer merasakan lawyer hebat, tp loyer plak rase kagum yg amat pd doktor, doktor pulak kata kerja nya mundane..jd cikgu lebih baik..pembantu rumah pon tak kuran hebat, br maid mintak cuti sehari, dh kecoh satu malaya..hihih tp tak semua kes mahkamah best..selalu yg menarik bila kes bunuh dgn rogol jerr..hahahaha

epal ijau,
selain court diary, aku ade gak personal diary...hang underestimate aku naaa, ingt aku tak reti tulis diary..hampes pny sohabat

Shin Chan Comel said...

hehe sengih sorg2..msti pelik kalo org tk..ngehehe:p Nway, sy tumpang bangga..kalo sy tmpt awk pun msti sy bngga=)

~salwaredzuan~ said...

tak leh nk bangge lebih2 ..riak, dosa tu..sbb tu sengih2 cam kerang busuk jer..huhuh

Template by:
Free Blog Templates